Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Tuesday, 6 April 2010

Cikgu Hj. Azman kembali ke Rahmatullah pagi tadi

Majlis perpisahan Allahyarham di SMK Anjung Batu (penyerahan tugas HEM)
Sumber : Portal SMK Anjung Batu


Keratan berita 8.4.2010

Pemergian Cikgu Hj Azman b. Asran pagi tadi sungguh mengejutkan buat para pendidik dan juga penduduk Mersing. Sewaktu penulis keluar dari rumah di Taman Intan Jaya, jalan Endau jam 6.47 pagi sebuah ambulan dengan siren pantas bergerak dari bandar Mersing ke arah Endau. Berasa tak sedap hati kerana biasanya jika begitu keadaannya satu kemalangan yang melibatkan kematian atau kecederaan telah berlaku.

Sebaik tamat kelas pagi, Presiden Kagum, Sir Saiful Hairin menyampaikan perkhabaran yang mengejutkan tersebut. Khabarnya beliau dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sebagai Guru Penolong Kanan SMK Nitar. Sebuah kereta Viva dipandu oleh seorang anggota polis yang hendak ke Kuantan dikatakan tidak dapat dikawal terbabas dalam arah melintang. Allahyarham cuba mengelak lalu kereta Nissan Serena beliau terbabas. Anak lelaki beliau cedera di tangan, anak jiran yang menumpang patah kaki dan beliau sendiri tercampak keluar dari kereta . Cikgu Zaleha isteri beliau yang dalam perjalanan ke SMK Tenggaroh berpatah balik dikatakan sempat memangku Allahyarham dalam keadaan yang kritikal. Setiba di hospital khabarnya Cikgu Azman telah menghembuskan nafas yang terakhir. Biasanya kalau berselisih kereta, pasti Allahyarham akan mengangkat tangan. Apatah lagi kereta kami jenama sama & juga warnanya.

Cikgu Azman sangat dikenali sebagai GPK HEM di SMK Anjung Batu. Sikap yang ramah dan sentiasa tenang serta merendah diri dihormati oleh guru-guru di sana. Jika terjumpa di bank atau kedai pada waktu petang pasti beliau akan menegur dengan senyuman yang begitu ikhlas.

Isteri Allahyarham, Hjh Zaliha , Pengetua SMK Tenggaroh dahulunya AJK Muafakat MRSM Mersing kerana mereka mempunyai anak lelaki pelajar di sini.(tak ingat tahun berapa SPM nya). Beliau juga peramah dan mesra dan pandai memberi pandangan dan nasihat yang baik tentang kerja dan keluarga.

Terasa benar kehilangan beliau,diharap keluarga Allahyarham dapat bersabar atas ketentuan ini. Kami warga MRSM Mersing mengucapkan takziah kepada keluarga dan warga kerja SMK Nitar. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di akhirat sana. Aminn

Thursday, 13 August 2009

Belasungkawa: Ustaz Asri Rabbani


'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'

Oleh ZIEMAN






Keluhuran budi Allahyarham Ustaz Asri
akan senantiasa dikenang -foto blog Ustaz Asri



BELASUNGKAWA
USTAZ ASRI RABBANI (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)

BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati. Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti, penuh hemah bila menyusun kata dan amat disayangi di kalangan rakan artis.

Terngiang-ngiang bait lagu 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada', 'Qiblat', 'Suara Takbir' dan alunan zikrullah yang dititipkan oleh Allahyarham.


Kumpulan nasyid Rabbani.Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman begitu unik kerana ada konsep tersendiri



Sebaik membuka blog peribadi Dr Asri, (asrirabbani.blogspot.com) setiap patah perkataan bagai menggambarkan peribadi arwah selama 40 tahun di bumi ini. Jelas sekali kehadirannya sebagai penyanyi, sahabat, suami, ayah, adik, abang dan anak cukup disenangi. Hilangnya akan selalu dirindui....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita.

Justeru bila saja perkhabaran tentang pemergian Ustaz Asri diterima, ramai wartawan yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata rasa kehilangan.

Memetik kata arwah Ustaz Asri tika ditanya bagaimana dia menjaga ukhuwah antara anggota kumpulan Rabbani. Kata arwah, "semuanya dianggap bagai teman sejati dan saling membantu dan mengingatkan masa susah dan senang."


TINGGAL KENANGAN...Saat-saat bahagia bersama anak-anak



Dan itulah yang diterapkan di dalam menjalin semangat persahabatan antara sembilan anggota Rabbani.

Kini hanya wajah-wajah sugul keluarga tersayang, teman dan taulan mengiringi pemergian arwah dengan doa agar ditempatkan bersama roh-roh yang baik.

Pernah beberapa kali ketika buntu mengalami kesulitan hidup, arwah sering berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "

Begitulah sikap arwah yang paling diingati. Apa saja yang dilakukan, dia akan tetap selitkan nasihat berguna. Walaupun sedang berjenaka, arwah akan tetap berpesan agar buat kebaikan.


Anak bongsu Allahyarham Ustaz Asri...Hamdi Rabbani yang berusia 4 tahun



Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai 13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

KUMPULAN RABBANI


Permata hati arwah Ustaz Asri...Hamdi Rabbani




Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan".

Ianya dianggotai oleh 9 orang yang membawa kelainan dari sudut penampilan, imej dan persembahan.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.



Anak arwah, Sufiyah Munawarah berusia 6 tahun
paling manja dengan Ustaz Asri




Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman mempunyai tarikan mereka sendiri kerana konsep yang berbeza.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.
Antara banyak kumpulan nasyid, konsep muzik Rabbani lebih global dan menampilkan world muzik.

Kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini untuk senantiasa memberikan sesuatu yang baru dan terbaik, dibawah bimbingan Ustaz Asri maka terhasillah 'Rabbani Productions (M) Sdn Bhd' yang akhirnya turut mencipta nama dalam bidang perniagaan.

PENGHASILAN ALBUM

Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:



Arwah bersama ibu tersayang




1) Rabbani. 19962) ARAH Dari Mana… Ke Mana… 19973) Muhammad Ya Habibi. (Kompilasi) 19984) Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 19995) Pergi Tak Kembali. 19996) Iqrar 1421. 20007) Intifada 20008) Aman 20019) Qiblat 200210) Kenangan (Kompilasi) 200311) Epik 200312) Yalla Beena 200413) Suara Takbir 200514) Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 200615) Ramadhan Syawal 200616) Maulana 200717) Rabbani 1418-1428H 200718) Rabbani 1418-1428H (VCD&VCD Karaoke) 2008


ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 14212. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 - Iqrar-14213. Album Terbaik 2001 - Iqrar-14214. Album Nasyid Terbaik 2002 - Intifada5. Album Nasyid Terbaik 2003 - Qiblat






ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

1. Penyanyi Nasyid Popular 20012. Penyanyi Nasyid Popular 20023. Penyanyi Nasyid Popular 20034. Penyanyi Nasyid Popular 20045. Penyanyi Nasyid Popular 20056. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA

1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 - Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM

1. Juara ACNI 2004 - Handzalah2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena3. Vokal Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI

1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena2. Persembahan Terbaik 20063. Penyanyi Solo Terbaik 2006

RINTIHAN ZIKRULLAH

Arwah Ustaz Asri seorang yang amat beratkan bacaan zikir Zikir adalah penawar sewaktu kita hadapi kesedihan dan kegelisahan hati.

Justru 'Rintihan Zikrullah' merupakan album munajat Ustaz Asri yang menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat suci Al-Quran dan bait-bait rintihan.

Sesiapapun akan rasa insaf mendengar alunan zikrullah ini, kolaborasi antara IME dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.
Arwah Asri menganggap album ini begitu bermakna kerana ia banyak memaparkan pengalaman hidupnya.

Malah, Ustaz Asri menghasilkan 'Zikir Lailahailallah' buat arwah ayahandanya, Ibrahim Busro, 83, yang meninggal dunia 27 Mei 2007.

"Ia jadi kenangan manis buat saya kerana arwah sering mendendangkan zikir itu setiap kali bulan puasa," jelas arwah.

Dalam coretan terakhir di blognya, arwah merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan. Walaupun arwah adalah tunjak kejayaan kumpulan Rabbani selama ini, beliau lebih senang berkongsi setiap detik kejayaannya bersama anggota yang lain.

Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan.

Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

Balu arwah, Haliza Shahadan turut hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan ‘Citarasa Ramadan 1 Malaysia’ bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan ‘live’ mereka.

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

“Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya,” katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu ‘Saksi’ dan ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’ nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar – 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ‘ARAH Dari Mana… Ke Mana…’ (1997), ‘Pergi Tak Kembali’ (1999), ‘Intifada’ (2000), ‘Yalla Beena’ (2004) dan yang terbaru, ‘Nostalgia Nada Murni’.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.

Friday, 15 August 2008

Pelajar MRSM Mersing terkorban dalam nahas ngeri..

Jumaat.15 Ogos,2008.
Seorang pelajar MRSM Mersing bersama bapa dan adiknya terkorban dalam satu kemalangan ngeri antara sebuah kereta Viva dan sebuah bas ekspres. Pelajar tersebut adalah Norshahira bt Samin dalam perjalanan pulang sempena cuti sekolah dari MRSM Mersing ke kampungnya di Rompin. Menurut Papa (Azmin), kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3.15 petang semalam berhampiran persimpangan Muadzam. Mayat ketiga-tiga mangsa hanya dapat dikeluarkan dari kereta yang remuk kira-kira jam 12 tengah malam. Mayat mereka seterusnya dihantar ke Hospital Muadzam untuk dibedah saiasat. Piahak maktab telah diberitahu dan sejurus selepas kejadian satu rombongan dari MRSM Mersing yang terdiri dari Pengetua, Papa Azmin, Pn Saliza, Cik Fatimah, En Amirullah ( sekuriti) telah bergegas ke sana dan telah dibenarkan melawat jenazah mangsa.
Pihak maktab ingin mengucapkan takziah atas peristiwa malang yang tak diduga ini dan berharap pihak keluarga magsa dapat menghadapinya dengan tabah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan para solehin dan solehah. Amin

Wednesday, 13 February 2008

Haji Salehuddin,HEA meninggalkan kita buat selama-lamanya

Al-Fatihah....

Terkejut, sedih dan pilu dialami oleh para guru, staf dan pelajar apabila Allayarham menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika menunggu untuk solat Isyak di Surau Al-Firdaus, MRSM Mersing lebih kurang jam 8.30 mlm. Beliau berumur 52 tahun. Ramai yg mengunjungi jenazah Allahyarham ketika dibawa ke hospital Mersing.Kebanyakan guru terutamanya guru-guru wanita menitiskan air mata ketika menziarahi jenazah Allahyarham.

Pada malam itu juga atas permintaan keluarga Allahyarham, jenazah dibawa ke kampung halaman beliau di Kg. Parit Jawa, Muar, Johor DT untuk urusan pemandian dll.

Keesokan harinya rombongan bas maktab dan 2 buah kereta termasuk kereta Avanza milik Allayarham bertolak ke Muar.

Pengetua, En Zamri dan Penolong Pengetua HEP, Ust. Zawawi tenang menghadapi situasi ini membolehkan perjalanan pentadbiran maktab seperti biasa dan aktiviti Juara tingkatan 4 diteruskan seperti dijadualkan bersama-sama dengan pihak tentera. Cuma ujian selaras yg dijadualkan bermula hari ini ditangguhkan sehari.

Khabarnya ramai kenalan dan pegawai MARA dari semua institusi MARA datang ke sana untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang banyak menabur jasa kepada MARA dan MRSM Mersing khususnya. Beliaulah antara pimpinan perintis yang memajukan MRSM Mersing sehingga tercapainya kemajuan dan kejayaan dari segi pembangunan fizikal, kerohanian dan pendidikan.

Ustaz Lokman Annas telah mengetuai solat Jenazah Ghaib di Surau Al-Firdausi MRSM Mersing.

Kelibat Allayarham yang sentiasa berjalan di sekitar bangunan akademik dan menemui guru-guru untuk berbincang dan bertanya khabar pasti dirindui..

Marilah kita semua berdoa agar Allayarham ditempatkan bersama para ruh Ambia', solehin dan syuhada'..Al-Fatihah



7.30 pagi..bas utk ke Muar untuk menghadiri pengebumian jenazah



Ada juga cikgu2 yg bercadang menaiki kereta..



Solat jenazah ghaib


Tazkirah oleh Ust Lokman Annas kpd pelajar2 agar insaf..