Showing posts with label Program Bumi Hijau. Show all posts
Showing posts with label Program Bumi Hijau. Show all posts

Monday, 2 February 2009

Program Bumi Hijau Ustaz Zawawi HEP..juga sudah berhasil !

Itulah maklumat terkini yang diperolehi selepas penerbitan artikel bertajuk "Program Bumi Hijau telah berjaya[klik link].Rupa-rupanya terdapat beberapa lagi ruang persendirian di dalam kawasan MRSM Mersing turut terlibat sebagai peserta Program Bumi Hijau.
Tn Hj Zawawi @Ustaz Wi hampir setiap petang akan bersama isteri tercinta iaitu Kak Yam menjenguk batas-batas sayuran di terletak di belakang rumah untuk menjalankan aktiviti menyiram, membuang rumput dan membersihkan.
Mengikut rakan-rakan yang rajin mengusahakan kebun, berbudi dengan tanah ini banyak kelebihannya. Antaranya ialah memperolehi aura 'life energy' dari galian tanah dan pokok-pokok yang dikatakan akan meransang kelenjar-kelenjar badan agar sentiasa aktif. Dari segi fisiologi pula aktiviti seperti mencangkul dan menyiram akan menyihatkan otot-otot kardiaovaskular yang mampu mencegah atau memulihkan penyakit golongan VIP (dan juga kebanyakan guru berumur lebih 30an) seperti tekanan darah tinggi dan angin ahmar. Guru-guru juga boleh melupakan sebentar 'permasalah' pelajar untuk merendahkan 'stress' yang kerap melanda kalangan guru yang tinggal dalam kawasan sekolah.
Apa la doa dibaca tu?..Mungkin sedang 'memujuk' sayur-sayur tu..
Walaupun di tepi longkang air yang digunakan untuk menyiram adalah dari sumber SAJ..Terjamin kesuciannya
Pasangan sehidup dan semati..Pengarah kalau tengok mungkin terharu dan posting ustaz balik ke Kuantan secepat mungkin..
Lumayan !!!..sedekah le sikit pada kita orang yang tak ada halaman rumah..
InsyaAllah apa yang kita tanam, baja dan siram iaitu usaha-usaha yang baik di atas dunia ni akan dapat dituai hasil yang lebih baik di dunia akan datang serta lebih kekal

Sunday, 1 February 2009

Program Bumi Hijau telah berjaya!!

Begitu banyak sayur kangkung dan bayam bersedia untuk dinikmati hasilnya!
Begitulah lawatan terkini ke Projek Bumi Hijau MRSM Mersing. Projek ini dianjurkan oleh jabatan Pertanian Mersing yang menyediakan benih, tanah gembur dan baja kepada unit makmal sebagai anak angkat atau pengendali program. Pihak maktab hanya menyediakan ruang dan 'sprinkler'. Pelbagai jenis tanaman yang terpilih termasuklah bayam, kankung,cili,salad dan timun hidup subur di atas batas-batas bersebelahan stor sukan maktab.



En Omar sebagai pengendali projek sedang memetik dan menyerahkan hasil sulung tanaman kepada guru dan staf yang datang melawat
Diharapkan projek ini diteruskan dan diberi dana tambahan. Peserta bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi menjadi riadah yang baik untuk kesihatan. Apatah lagi hasil sayuran ini segar dan bebas dari racun serangga.