Showing posts with label Budaya Ilmu lemah. Show all posts
Showing posts with label Budaya Ilmu lemah. Show all posts

Thursday, 9 April 2009

I.L.M.U.

Skarang ni ada segelintir orang sibuk pasal akhir zaman, Imam Mahdi(IM), Pemuda Bani Tamin(PBT), Dajjal, Freemanson, Illuminati dan segala² watak yang berkaitan dengan nya...watak² ini tak sama seperti spongebob, patrik, power puff girl, sinbad, dexter labortary..kepada sesiapa yang berminat dengan watak itu, ini menandakan korang tak patut baca blog ni..ini hanya utk 18 keatas( di segi kematangan bukan umur) harap maklum

pada pendapat aku la, diulangi pada pendapat kasar aku(bukan pendapatan kasar)..tak guna kita cari itu lagi...lengkapkan diri dengan ilmu..ya, ilmu...itu rahsia menguasai dunia...kalau ilmu tarak, harapkan semangat jer tinggi klcc baik tak yah la..sekali dajjal turun, dia tunjuk magic dia teriuh roboh semangat² tu...semangat yg ilangg...oh hooo

mmg la semangat tu penting tp kalau tak diiringi dengan ilmu, kita senang terbabas..ibarat semangat nak bawak treller 22 tayar tapi xde ilmu...kena plak time tengah dok bawa tu ada sorang makcik yg tengah jalan dengan kelajuan 2 KM/J...pergh(sila gunakan imiginasi masing²)..tiada seorang pun tercedera dalam cerita ini..hanya cedera dalam minda masing²..kekeke

come on la..perkataan pertama yang turun kat Nabi Muhammad ialah.."Iqra" atau lebih dikenalpasti sebagai "bacalah"...baca ape?surat khabar?komik dragon ball? yellow page book?blog aku?(ok gak)...baca tu melambangkan ilmu la...takkan baca tu melambangkan bapa kemerdekaan..apa pengajaran yg kita boleh dapat...sebelum apa² kita nak buat mesti kena ada ILMU...bukanya rupa, vokal yang baik, pandai mengawal piching, ukuran lilit dada 45cm keatas atau tulang yang lembut tetapi ILMU...daripada "bacalah" la Islam dapat berkembang sampai sekarang sehingga Nabi Muhammad dinobatkan oleh mat salleh orang yang paling berpengaruh dalam dunia..fuyooo, bangga woo umat Islam..omputih yang nobat tu, sebelum diorang nobat kompom diorang kaji..pastu mesti diorang pun CnP(copy and paste) apa yg Nabi buat dan tidak dilupakan utk mengupgrade kan lagi...

itu orang putih...orang koko kekuningan atau kuning kekokoan mcm kita? masih nga²...di permainkan oleh orang lain seperti bak kata seorang dinasor yang tinggal tulang " orang bodoh jd makanan org bijak"..ini orang politik sll kena,dah menipu orang..pastu kena tipu dengan orang atas...hahaha jadi batu nisan lagi bagus la woi..tak payah ssh² nak berkempen, berfikir, menipu atau ditipu..tp org tetap takut gak..

dan membuatkan org bodoh tu nampak lagi bodoh, dia tak sedar dia tu bodoh dan mengaku dia tu tidak bodoh dan pastu kata orang yang kata dia tu bodoh,bodoh..ini la sll dikatakan oleh mak saya, jangan termasuk dalam kategori bodoh sombong..seronok gak dok maki hamun org tu bodoh..patut la org kita sll kata " bodoh la ko"...baru aku rasa nikmatnya..haha sedap tp tidak sesedap itu apabila makan penampar org tu...

ahh...itu bukan mesej yang aku nak kata...mesej aku..buka la minda...wooo orang kita kalau buka baju dan seluar cukup seronok..pastu amik video..pastu aku tengok..aku pun tengok la sbb tertengok..bukan berniat nak tengok tapi bernafsu nak tengok..ye la..aku pun manusia gak..bukanya robotcop atau selipar jepun yang tak de nafsu..hahaha..errr, kata mana tadi..haa..buka la minda..buka la minda kita seluas²..kita belajar dari omputih...ini tidak..baru nak tukar bahasa dah bising...memang la benda tu ada pro and con dia..tapi, ibarat motosikal la...bila mat rempit merempit sampai tak ingat dunia atau akhirat, jahat ke motosikal tu? dan bila pak imam nak moto dia pegi surau sembahyang qiamulai, baik ke moto tu?sapa yang bersalah dlm ni, penunggang atau moto? sama la mcm dalam kes ni...salah siapa?
sekali lagi aku kata..jangan salahkan ibu yang mengandung, salahkan ayah yang tak pakai sarung...

katakan lah org yang baca blog aku ni kata " eh, aku dah cukup ilmu..apa yang harus aku buat"..jawapan aku " kalau dah cukup pandai, pegi la ajar org yang kurang pandai tu"..buat sistem MLM(multi level marketing) la...sorang ajar 5 orang..5 orang ajar 25 orang...25 orang ajar 125 orang.. 125 orang ajar 625..625 orang ajar 3125..dan seterusnya...korang perasan tak, belakang mesti 25?...itu la besnya kuasa 5 ni...belakang musti 25 punya...ini pun ilmu gak...Nabi pun pesan(plus minus).."sampaikan ayat aku walaupun sepatah"..lebey kurang la..apa yang aku nak tekankan..sampaikan ilmu walaupun sikit...walaupun hanya ( weh, ayam tu tak penah kencing tahu, dia berak je)..janji ilmu..

semua Nabi dah ajar kita...apa kita buat? diam je...biasa la..anak manja...sll disuapkan jer...tengok Yahudi tu...brapa ratus tahun diorang menderita? skarang berjaya bukan main...dah brapa ramai orang Palestin jd orang bijak? sekarang bercambah² dan tengok brapa anak Melayu merempit?bercambah jugak...sbb apa? orang Melayu ni manja...manja sangat...tu jd lembab tu..cikgu rotan skit..saman cikgu..puii....tanak cikgu rotan jangan la hantar pegi sekolah...dah la suruh hantar..saman lagi..tak kenang budi tol la...geram aku...nama je terpelajar...perangai bodoh...nenek aku lg bijak la dalam bab mendidik anak

stakat tu la aku nak membebel..karang orang kata aku gila kuasa plak..aku berpolitik plak...utk pengetahuan semua ini adalah pandangan aku semata²..bukan berpihak pada sesiapa...pikir la yer..yang mana kata nak bela agama nusa dan bangsa tu...mantapkan ilmu..kalau korang tu dah terlajak, tak pe..anak ada lagi..didik anak dengan ilmu..banyakan membaca...mengaji..dan lain² yang telah diajar oleh Al-Quran(mcm permakanan) dan Nabi kita(mcm tingkah laku)...pastu jangan malu² cedok ilmu omputih...kita cedok pastu kita upgradekan ikut versi kita..

aku brani jamin la...kalau ada omputih baca artikel aku ni...kompom diorang pun akan ikut...tapi orang kita?hahaha tapi bukan salah orang kita...
salah penjajah sbb melembabkan minda kita,
salah pemimpin sbb bolot duit kita,
salah guru sbb merotan anak kita,
salah penyanyi sbb mengkhayalkan kita,
salah Tuhan sbb tak turun bala kat kita,
salah Bedah jiran sebelah sbb tak ajar kita...

dan yang pasti :

BUKAN SALAH KITA YANG TAK MAU BELAJAR
BUKAN SALAH KITA YANG TAK MAU BERUBAH
BUKAN SALAH KITA YANG MEMANG TAK PERNAH SALAH

tepuk dada tanya selera,
tepuk dahi tanya diri,
tepuk air kena muka sendiri.(bukan salah kita gak tu, salah air)

Saturday, 4 April 2009

Kurang Menghormati Budaya Ilmu


Inilah yang berlaku kepada saya pada hari ini Ahad 5.4.2009. Seminar kecil Teknik Menjawab Peperiksaan Sains PMR yang sepatutnya bermula jam 10.00 pagi tidak dihadiri walaupun seorang pelajar 3 Musytari. Program ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar yang tak dapat menghadiri seminar yang dikendalikan oleh Tn Hj Hamzah bulan lepas. Pelajar dari kumpulan yang elit ini beria-beria benar meminta dilaksanakan sebelum Ujian Selaras 2 . Temujanji telah dibuat tak kurang 3 kali tetapi inilah hasilnya. Sepanjang hari saya membuat persiapan khas dari segi bahan dan penerangan. Program untuk anak-anak dan membeli-belah keperluan harian selama seminggu terpaksa dibatalkan. Jarak pergi-balik sejauh 20km dengan kaki yg masih sakit akibat terseliuh tempohari tak mematikan semangat untuk ke sana. Bukannya nak mengungkit tetapi inilah hasilnya !! Bukan sekali dua situasi yang sama berlaku malah telah menjadi budaya. Isteri yang mengajar subjek BI di SMK Anjung Batu apabila mengadakan kelas tambahan sentiasa dihadiri pelajar-pelajar yang sanggup berjalan kaki lebih 2 km dari rumah atau menaiki bas. Kita lihat nanti bagaimana dengan 'bijak' pelajar-pelajar 'memindahkan' kesalahan kepada guru. Yelah motto 'pelajar adalah pelanggan' dan 'tiada murid maka tiada guru' adalah 'ubat penenang' kepada guru-guru yang 'teraniaya' akibat sikap pelajar. Bagi saya tiada gunanya setiap kali apabila menjelang peperiksaan besar maka berbondong-bondong pelajar kita menyerbu guru-guru subjek memohon maaf dan merayu mendoa keberkatan. Kadang-kala terfikir juga bagaimana bangsa Yahudi yang dilaknati Allah boleh cemerlang dalam ilmu sains dan teknologi ? Seorang abang yg pernah belajar di Universiti Columbia New York (tempat bom atom pertama dicipta dan debat Ahmenajad dgn ilmuan yahudi) pernah bercerita bahawa golongan Yahudi US ni sangat serius dan bersungguh-sungguh membudayakan ilmu. Golongan professor kanan dan pelajar-pelajar cemerlang di sana yang kebanyakannya Yahudi juga sangat 'warak' dan spiritual. Mereka kerap beribadat dan bertafakkur di biara umpama Jemaah Tabligh di Malaysia. Bagi mereka ilmu dan spiritual sesuatu yang tak dapat dipisahkan dan menjadi budaya utama. Sebaliknya, pelajar-pelajar kita menanti 'disuap' dan mencari alasan untuk menyalahkan golongan pendidik apabila kurang berjaya. Sikap ini tidak jauh berbeza dengan masyarakat kita yang mudah percaya dan bergantung kepada 'keajaiban' dalam segala urusan kehidupan percaya kepada doa semata-mata. Buktinya ialah secara sedar atau tidak kepercayaan bahawa 'urusan negara perlu diserahkan bulat-bulat kepada pemimpin dan urusan agama pula kepada golongan ulama' sudah lama bertunjang. Masyarakat kita malas berfikir dan bertanggunjawab dalam hal-hal di atas kerana yakin bahawa dengan status sebagai umat Islam maka Allah akan menyelamatkan kita. Apabila berlaku krisis yang melibatkan negara, masyarakat dan keluarga cepat-cepat menyerahkan kepada takdir dan akhirnya lupa membetulkan kesilapan. Memang benarlah bahawa kemajuan ilmu sesuatu bangsa atau negara adalah sebagaimana tahap pemikiran masyarakat. Kalau dok bermimpi kisah-kisah lama Kerajaan Melayu Melaka ataupun pemerintahan khalifah zaman Abbasiah maka kita akan terus lalai dan makin terhina. Ini adalah juga punca kenapa program motivasi dan karier sebagai kauselor amat laris di negara kita. Konsep 'Mind Body Spirit' belum difahami oleh masyarakat. Wallahua'lam