Showing posts with label makan di mersing. Show all posts
Showing posts with label makan di mersing. Show all posts

Wednesday, 20 October 2010

Makan (supper) et Restoren Syed Ali, Mersing

Masa:  jam 10 malam
Lokasi : Bandar baru tepian sungai



Inilah daya tarikan baru Mersing
Nasi lemak ayam di sini sangat sedap








Monday, 27 September 2010

Mengeteh di Cafe Buluh Wangi Mersing yang begitu mengujakan!!


27 September 2010
6.00 petang
Cuaca : Hujan & berangin

Entah macamana dan tak dirancang, setelah 2 kali angkut bebudak ke klinik dan membuang 'sisa bunga' di jeti terapung berhadapan Pasaraya Kini terpandang Cafe Buluh Wangi. Dalam cuaca yang dingin, hujan turun renyai2 &  berangin ni teringat pau yang enak yang pernah dinikmati di situ

Sebaik sahaja duduk di meja cafe, menu diserahkan oleh pembantu kedai. Pau sudah dipotong nama dari senarai hidangan. Bebudak order strawberry ais blended & mi goreng


Aku terpaksa order Roti Bawang . Cantik roti ni cuma kuah kari terdapat ketulan leher2 ayam (mangsa pembunuhan terhormat).
Just nak info : Set meja makan dan susunan di cafe ini begitu cantik, bersih dan kemas


Juga side order cucur bilis (orang kg panggil cekodok atau kodok jer)

Order Mi Goreng tapi yang tiba Mi Kuah


Huhu..tak sangka Mi Kuah tu memang betul2 enak (cukup semua rasa). Teringat rasa yg sama ketika makan mi kuah di Bazar Mara Balik Pulau tahun 1986 (lama tu..25 tahun yang lepas..dengar cerita tauke dia bunuh diri tak lama lps kita rang SPM). Tak sangka di Mersing ada mi sesedap ini !!

Cuaca pun begitu mengizinkan dan menambah selera kami anak-beranak petang tu. Roti bawang & aroma serta rasa  kari begitu membuka selera . Cucur bilis yang dipesan juga buat kali pertama (biasanya cucur udang) dihidang panas-panas.Terasa nak puji jugak sebab dah lama tak menikmati rasa cucur udang yg begitu eksklusif !!

Pengunjung2 cafe  agak ramai kerana office hour dah sejam berlalu. Kebanyakannya datang bersama2 dengan rakan atau keluarga berkumpul sambil bersembang-sembang. Suasana begitu santai dan ada dalam 8 orang  pengunjung membuka laptop untuk melayari internet (Public Wifi  disediakan). Walaupun ramai, ruang cafe yang luas dan terbuka tetap menjanjikan keselesaan.

Tiba masa membayar..Total kos : RM 20.80..Hmm..memang berbaloi... Rugi rasanya jika ke Mersing tak singgah mengeteh di Cafe Buluh Wangi !!

Untuk ke situ, dari JB ambil simpang kiri ke Pasaraya Kini sebelum Stesen Minyak Esso. Terletak betul2 bersebelahan Hotel D'View yang popular tu..

Wednesday, 11 August 2010

Pasar Ramadhan Mersing di Mersing Water Front

Tarikh : 11 Ogos 2010 (1 Ramadhan)
Lokasi : Mersing Water Front 
Masa : 6.30 pm

Pasar Ramadhan utama di Mersing kali ini berpindah ke kawasan baru yang dinamakan Mersing Water Front. Ianya terletak bersebelahan dengan kawasan bandar baru tepian sungai yang menempatkan pasar & stesen bas. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh jambatan Mersing

Ruang parking di sebelah deretan belakang yang membelakangkan Mersing Water Front
Menu biasa Roti John banyak dijual
Yong Tau Foo..pelanggan dengan sabar menunggu
Gerai kebab bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Deretan gerai-gerai yang begitu jauh memanjang (dari hulu ke hilir waterfront) agak memenatkan apabila pilihan juadah sukar dibuat
Deretan premis perniagaan yang dikatakan mula dibuka selepas raya. Khabarnya restoren makanan segera Marry Brown bakal dibuka cawangannya di sini
"banyak dah habis cikgu!" Mungkin anda biasa dengan akak ni yang menguruskan sebuah restoren yang popular di Mersing.
Selain mencari juadah (bukan jodoh tawww), di sini mungkin tempat pertemuan rakan taulan atau saudara-mara yang lama tak ketemu
Jambatan Mersing dan Hotel Timotel jekas kelihatan dari sini. Air laut yang surut menjadikan waterfront ini tak seindah ketika air pasang
Deretan premis perniagaan yang menganjur hingga ke kuala dan Jeti Jabatan Laut, mengubah kuala Mersing kepada landskap urban
Mungkin tak lama lagi menjadi tempat berlibur baru bagi penduduk Mersing & pelancong yang ke sini

Hari esok, InsyaAllah  berkunjung ke Pasar Ramadhan JKR di Mersing Kanan yang telah berpindah ke Taman Lautan Biru di Siapu, satu lagi pasar ramadhan yang popular di Mersing

Saturday, 31 July 2010

Dinner at Restoren D'Pantai


Date : 1 August 2010
Time : 10.10 pm

This currently popular night restaurant located at Medan Makan Pantai Sri Lalang, about 100 meters from Gallery Keropok Mersing. The most significant landmark is Gelanggang Futsal Tanjung also most popular in this town area.

This place fascinating among kids becoz its besides seashore, windy,wide area for play around and full of lightings. There are also 3 other restaurants, one of them famous for Nasi Bubur
'Soft' Keropok Lekor is the 'must eat' opening menu here
'Kerang Bakar' also very 'hot' here..
Very light Nasi Goreng Pattaya for big brothers
Not so tasteful Siakap 3 Rasa ..( you can find  the best Siakap grill+ 3 Rasa at Medan Makan Batu Cawan, opposite Jabatan Laut, Taman Pantai Bandar every night starts from 6.30 pm)

11.16 pm,time to leave..coz  cannot missed Spartacus episode 3,4 at channel max  

Saturday, 10 July 2010

Cafe Buluh Wangi, Mersing yang menyegarkan..

Petang Sabtu sementara menunggu anak-anak berlatih taekwondo sempat singgah di cafe ini. Lokasi yang menarik berhadapan pemandangan indah kuala Mersing

Hujan turun dengan lebat apabila tiba di hadapan premis ini.
Ruang makan yang luas dan selesa. Pengunjung boleh memilih mana2 meja yang disusun dengan menarik
Pohon-pohon buluh cina menghiasi keseluruhan restoren ini.

Bersebelahan restoren ini adalah hotel bajet baru yang popular D'View Hotel. Kawasan parkir juga luas.Kebetulan satu kumpulan pelancong baru tiba dan kelihatan tidak sabar-sabar untuk 'check in'.

Susun atur juadah agak menarik dan terdapat pelbagai pilihan makanan. Rasanya agak enak dan harga sangat berpatutan
Restoren ini pada pandangan GHD adalah yang paling bersih dan kemas di Mersing. Layanan juga memuaskan.
Menikmati cucur udang yang enak sambil memerhatikan pertandingan kayak yang julung diadakan di kuala Mersing

Pelancong ke Mersing disarankan singgah melepaskan lelah setelah memandu jauh di sini. Menginap di hotel bersebelahan adalah idea yang boleh dicuba. Lokasi restoren ini juga strategik kerana di hujung bangunan ini terletaknya Pasaraya Kini dan berdekatan dengan Kompleks Bas & teksi Mersing yang baru. Selamat mencuba !!

Sunday, 20 June 2010

Makan Malam Perpisahan Cikgu Puteri di Sarina's Kitchen

6 Jun 2010
Sarina's Kitchen
Nota : Dulunya merupakan chalet Sarina's Inn. Lokasi di Teluk Iskandar. Chalet ini dibina di tebing yang agak curam. Menariknya apabila ditukar menjadi restoren,binaan restoren direka bertingkat-tingkat serta berlapis-lapis mengadap laut yang terbentang luas. Bayangkan ketika monsun tiba nanti. Restoren ini sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan dan kesegaran.
Kehadiran KJ sains Hj Khairol menyerikan majlis. Beliau bakal menjadi KGA baru menggantikan Us Saiful yg berpindah ke MRSM Tumpat. Selamat bertugas dengan post baru !
Memang romantik & klasik ruang makan di bahagian tepi
Miss Puteri akan berpindah ke MRSM Lenggong, setelah hampir 10 tahun berkhidmat di unit Biology. Tempat baru lbh dekat dengan kg halaman di Kuala Kangsar
Cikgu Jue dgn hubby Mr Zul n anak2 yg ceria

Saturday, 1 May 2010

Nasi Lemak Pok Lim

Lokasi : Sebelah stesen minyak Mobil (bangunan baru)

Satu daya tarikan baru untuk penduduk Mersing & pelancong yang datang
Lokasi stategik yang menarik perhatian pemandu dari Johor bahru/Singapore & Kluang yang ke pusat bandar Mersing
Nasi lemak dengan pilihan telur, biasa (ada seekor ikan cencaru) dan ayam goreng
Rasa?..cubalah sendiri. Tak dapat komen sebab mengalami selesema & batuk. Anak-anak kata sedap dan ramai juga yg 'tapaw'