Showing posts with label bukti cinta kpd nabi muhd. Show all posts
Showing posts with label bukti cinta kpd nabi muhd. Show all posts

Friday, 20 August 2010

Cinta hakiki sumber segala cinta

Cinta itu satu rahsia hidup dalam alam nyata. Cinta adalah satu perasaan yang dialami. Betul kata orang cinta itu buta. Orang yang bercinta tidak peduli apa-apa. Akal mencari apa yang memberi kebaikan dan keuntungan, tetapi cinta tidak peduli untung atau rugi, baik atau buruk akibatnya. Oleh itu akal dan cinta adalah berlawanan. Akal perlu memikirkan faedah tetapi cinta tidak peduli faedah.

Cinta inginkan sesuatu yang indah dan cantik. Yang maha Indah dan yang sempurna keindahannya ialah Allah swt. Keindahan alam adalah kurniaan Allah dan tidak pula kekal. Tetapi keindahan Allah adalah keindahan yang kekal abadi. Oleh itu cinta kita janganlah hendaknya terhenti kepada cinta akan alam sahaja, tetapi teruskanlah ke sumber atau asal segala cinta iaitu Allah Yang Maha Indah.
Jika tidak ada musuh, tidaklah terbayang soal jihad.
Jika tidak ada nafsu, tidaklah ada soal taat kepada perintah Allah.
Apabila tidak ada kehendak, tidaklah ada perkara menahan diri.
Jika tidak ada musuh, tidaklah perlu kekuatan.
Pada zahirnya,
dahan itu adalah sumber buah,
tetapi pada hakikatnya dahan itu diadakan demi untuk keperluan buah.Jika tidaklah kerana hendakkan buah,tidaklah petani menanam pokok itu.Oleh yang demikian,
pada hakikatnya pokok itu berasal dari buah,meskipun pada pandangan zahir,buah itu berasal dari pokok.

        Oleh  Jalaludin Rumi

Saturday, 14 March 2009

Maulidul Rasul...ikhlaskah kita ?




Sempena Maulidul Rasul pelbagai majlis dianjurkan untuk menyambut kesyukuran kelahiran Insan Paling Mulia yang pernah dilahirkan iaitu Nabi Muhammaad SAW.

Maka dianjurkan program utama iaitu selawat kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhya Allah dan para malaikat sendiri bersalawat kepada banginda. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah pernyataan secara lisan cinta dan menghargai diri dan perjuangan suci baginda Rahamatul Alamin.

Walaupun begitu, pernyataan cinta secara lisan bukanlah bukti kukuh kecintaan sebenar kepada baginda. Jika kita cinta kepada seseorang adakah semata 'ayat-ayat cinta' sudah memadai. Antara bukti sebenar Cinta kepada Nabi Muhammad SAW yang boleh disenaraikan ialah:

1. Menghayati, mengkaji dan melaksanakan perjuangan baginda iaitu menjadikan Islam sebagai cara hidup yang Syumul iaitu dalam semua aspek ibadah, individu, keluarga dan Negara

2. Sentiasa memetik dan mengambil kata-kata dan perbuatan Baginda (yang kita cintai) sebagai panduan dalam segala urusan kehidupan

3. Merasa sedih dan terhina apabila diri dan perjuangan baginda (menegakkan syiar Islam) dinafikan dan dipinggirkan dalam segala aspek kehidupan

4. Menghayati kepimpinan dan memilih pemimpin yang mempunyai sifat-sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah

5. Menjadikan Baginda sebagai Idola dan Role Model setiap masa dalam apa sahaja bidang

6. Mementingkan kesucian hati dan amalan dengan sentiasa menjauhi perbuatan mungkar dan mencegahnya dengan tidak mengira apa kedudukan serta sentiasa beristighfar atas kesalahan yang dilakukan (baginda beristighfar sekurang-kurangnya 70x sehari walaupun berstatus maksum).

7. Meyakini bahawa hanya Allah SWT penyelamat kita di dunia dan di akhirat sebagaimana Baginda menyakini 100%.

Pada pendapat saya jika kita semua semata-mata berselawat (secara lisan) dan tidak melaksanakan 7 perkara di atas maka semuanya itu menjadikan program maulidul rasul sebagai 'ritual' semata-mata. Umat Islam pada tahap ilmu apapun memahami 7 perkara asas di atas.

Cintai lah Allah dan Rasul sebenar-benarnya (hati, lisan dan perbuatan)