Saturday 30 October 2010

Cafe Buluh Wangi

Lokasi : Bandar Baru Tepian Sungai


Entah macamana dan tak dirancang, setelah 2 kali angkut bebudak ke klinik dan membuang 'sisa bunga' di jeti terapung berhadapan Pasaraya Kini terpandang Cafe Buluh Wangi. Dalam cuaca yang dingin, hujan turun renyai2 &  berangin ni teringat pau yang enak yang pernah dinikmati di situ

Sebaik sahaja duduk di meja cafe, menu diserahkan oleh pembantu kedai. Pau sudah dipotong nama dari senarai hidangan. Bebudak order strawberry ais blended & mi goreng

Aku terpaksa order Roti Bawang . Cantik roti ni cuma kuah kari terdapat ketulan leher2 ayam (mangsa pembunuhan terhormat).
Just nak info : Set meja makan dan susunan di cafe ini begitu cantik, bersih dan kemas

Juga side order cucur bilis (orang kg panggil cekodok atau kodok jer)
Order Mi Goreng tapi yang tiba Mi Kuah

Huhu..tak sangka Mi Kuah tu memang betul2 enak (cukup semua rasa). Teringat rasa yg sama ketika makan mi kuah di Bazar Mara Balik Pulau tahun 1986 (lama tu..25 tahun yang lepas..dengar cerita tauke dia bunuh diri tak lama lps kita rang SPM). Tak sangka di Mersing ada mi sesedap ini !!

Cuaca pun begitu mengizinkan dan menambah selera kami anak-beranak petang tu. Roti bawang & aroma serta rasa  kari begitu membuka selera . Cucur bilis yang dipesan juga buat kali pertama (biasanya cucur udang) dihidang panas-panas.Terasa nak puji jugak sebab dah lama tak menikmati rasa cucur udang yg begitu eksklusif !!

Pengunjung2 cafe  agak ramai kerana office hour dah sejam berlalu. Kebanyakannya datang bersama2 dengan rakan atau keluarga berkumpul sambil bersembang-sembang. Suasana begitu santai dan ada dalam 8 orang  pengunjung membuka laptop untuk melayari internet (Public Wifi  disediakan). Walaupun ramai, ruang cafe yang luas dan terbuka tetap menjanjikan keselesaan.

Tiba masa membayar..Total kos : RM 20.80..Hmm..memang berbaloi... Rugi rasanya jika ke Mersing tak singgah mengeteh di Cafe Buluh Wangi !!

Menu popular lain : Sandwich tuna

Untuk ke situ, dari JB ambil simpang kiri ke Pasaraya Kini sebelum Stesen Minyak Esso. Terletak betul2 bersebelahan Hotel D'View yang popular tu..


Restoren Syed Ali (24 jam)

Lokasi : Bandar Baru Tepian Sungai
Berhadapan bangunan Politeknik Mersing (sementara)
Menu : Masakan Mamak, Melayu, Thai

Sri Mersing Resort

Sri Mersing Resort
( SH ABU BAKAR / SITI FARAH )
Pusat Peranginan Air Papan Laut,
86800 Mersing, Johor Darul Takzim.

Tel: 07 - 7992384, 799 2085 (RES)
Fax : 07 - 7992384
H/P: 013 - 727 2772 

Thursday 21 October 2010

Bertahan Hidup Tanpa Makanan dan Minum Selama 70 Tahun



Seorang pertapa Kota Ahmedabad, India, mengklaim telah bertahan hidup tanpa makanan dan minum selama 70 tahun.
Lembaga Ketahanan Ilmu Pengetahuan dan Fisiologi, sedang melakukan penelitian terhadap Prahlad Jani pada sebuah rumah sakit, untuk mendalami fenomena ini.
Ia akan diobservasi di rumah sakit tersebut selama lebih dari 15 hari guna menjalani sejumlah pengujian.
Dr. G. Ilavazhagan, dari Lembaga Ketahanan Ilmu Pengetahuan dan Fisiologi, mengatakan, "Ini dapat membantu melakukan strategi untuk bertahan hidup tanpa makan dan minum ketika hal tersebut tidak tersedia lagi, misalnya dalam bencana alam, setiap orang akan menghadapi situasi seperti ini. Demikian pula, bagi prajurit kita yang menghadapi situasi ini, ketika mereka tersesat di padang pasir, hutan belantara maupun di daerah dataran tinggi."
Seorang neurophysician mengatakan, ketahanan hidup Jani merupakan keajaiban.
Sudir Shah, seorang neurophysician, mengatakan, "Seseorang dapat hidup tanpa makanan dan minum selama tiga, empat tujuh hingga dua belas hari telah kami teliti selama.....puasa. Pada masa lalu, orang berpuasa selama 16 atau 30 hari, namun mereka minum air seni setelah hari ke-delapan. Kasus ini merupakan sebuah fenomena unik."
Beberapa pengujian yang dilakukan pada otaknya terungkap bahwa ia mirip orang yang baru berusia 25 tahun.
Jani juga mengatakan, ia memiliki sebuah lubang pada langit-langitnya dan melalui kepalanya setetes demi setetes nektar membantu ia bertahan hidup.
Laporan pengujian awal menyatakan bahwa tubuh Jani telah mengalami transformasi biologis karena berlatih yoga.
Sejumlah doktor juga mengatakan, tidak terdapat tanda kelelahan atau masalah lain pada pertapa itu, dan ia masih lebih suka menggunakan tangga dibandingkan dengan elevator.
Tidak banyak yang dapat diketahui tentang keberadaan keluarga Jani. Ia meninggalkan rumah sejak berusia tujuh tahun dan mengembara di tengah hutan belantara. (EpochTimes/NTDTV/sua)

Wednesday 20 October 2010

Pelajar Ex-MRSM Mersing :Status terkini anda diperlukan segera !!

PERKARA : 
'TRACER STUDY' BEKAS PELAJAR MRSM
ARAHAN : 
BAHAGIAN PELAJARAN MENENGAH MARA
TUJUAN : 
SISTEM PENGESANAN PELAJAR UNTUK KEMUDAHAN PENYALURAN PELBAGAI MAKLUMAT PADA MASA DEPAN

Semua bekas pelajar MRSM Mersing diminta menghantar maklumat terkini anda iaitu :

1. Nama 
2. Tahun tamat di MRSM
3.Bidang pengajian /Institusi
4. Jawatan sekarang
5. Nama majikan /syarikat
6. Alamat email

Diharapkan saudara-saudari dapat menghantar maklumat-maklumat di atas secara email kepada Cikgu Liza (Kaunselor MRSM Mersing ) iaitu :

su_setapa @yahoo.com
Surat arahan dari BPL(M)
 Tujuan pengumpulan maklumat
 Contoh maklumat yang diperlukan


Makan (supper) et Restoren Syed Ali, Mersing

Masa:  jam 10 malam
Lokasi : Bandar baru tepian sungai



Inilah daya tarikan baru Mersing
Nasi lemak ayam di sini sangat sedap








Saturday 9 October 2010

Sabun Kasthuri : Satu keajaiban untuk semua !!


Kali ini PHD nak share satu  produk sabun yang telah mengatasi masalah kulit anak ke-4  yang telah berlarutan lebih setahun. Anak perempuan tu tiba-tiba sahaja  mengalami gangguan kulit luar biasa yang dipanggil autoimmune skin desease setelah sembuh dari demam seperti H1N1  2 tahun lepas.sesiapa yang tengok mesti tak sanggup nak memandang pun. nasib baik tak ada wartawan Metro dekat-dekat sini. Kalau tak..


Diringkaskan cerita, bermacam-macam rawatan kulit oleh pakar moden dan  alternatif telah dicuba (habis rm ribu-ribu juga) dan Alhamdulillah kini beransur sembuh. Namun beliau masih lagi tergaru-garu dan ratusan parut masih kelihatan timbul. Baru-baru ini entah macamana naik 'scabies' pada tapak kaki PHD (pelik juga dah puluhan tahun tak kena) semasa cuti raya. Jadi PHD berkunjunglah ke sebuah farmasi di Temerloh. Tauke Cina tu ada subscribe sejenis sabun yg namanya seperti dari India iaitu Kasthuri.


Lepas sehari pakai rasa gatal-gatal terus hilang malah seluruh badan terasa segar. Tak terasa ketidaselesaan pada  kulit walaupun berjalan raya seharian. Selepas 3 hari PHD dah tak pakai sabun ni sebab scabes tu dah tak naik. Jadi sabun tu terbiar seminggu entah macamana tiba-tiba teringat nak bagi cuba kat anak no.4 tu.

Selepas 6 hari terasa heran sebab kulit anak tu parut-parutnya kelihatan nipis dan sekarang selepas 2 minggu kulit licin asal hampir kembali. Beliau tidak lagi tergaru-garu. Kebetulan anak perempuan (kakak kepada anak tadi)  berulang semula gatal-gatal dekat celah peha. Dah puas tergaru2 dan menyapu (sendiri) krim anti-fungal selama 4 hari, beliau diam-diam 'menumpang' pakai sabun Kasthuri adik. Hasilnya 2 hari lepas, kulit peha kakak dah licin dan parut fungal pun dah tiada.

Sabun yang pada mulanya PHD anggap seperti tak berharga kini sudah menjadi 'rebutan' di rumah. Akibatnya   bekalan sudah habis sejak malam tadi.

So, atas hobi PHD yang suka mencari maklumat di internet,  bekalan beberapa buku sabun Kasthuri ni telah berjaya diperolehi. Semasa pencarian menggunakn Enjin Pencarian Google' PHD telah menemui beberapa feedback yang menceritakan tentang pemulihan pantas jangkitan atau gatal-gatal pada bahagian sulit, panau dan parut yang sukar hilang akhirnya kulit kembali licin seperti sedia kala. Ada testimoni kutu anak hilang selepas pakai 2 hari dan banyak lagi.

Jadi, antara banyak-banyak sabun herba yang selama ni PHD tak pandang (banyak gimik je) inilah kali pertama begitu teruja. Mula-mula nak diam-diam jer (sebab bimbang bekalan akan kehabisan. Almaklumlah Mersing ni bandar kecil) tetapi mengenangkan ramai orang perempuan yang bekerja sampai petang terutama cikgu-cikgi yang berada di dalam kelas yang panas selalu mengadu gatal-gatal kulit atau tak selesa jadi PHD tak sampai hati nak merahsiakannya. Kalau anak-anak (atau anak Homeroom yang kena gatal-gatal kulit akibat tinggal berkongsi di asrama) maka PHD amat syorkan memakainya.

Paling mengejutkan harga sebuku cuma RM 3.50 (tak cayakan !!). Sabun Kasthuri ni formula dari sebuah syarikat yang mengeluarkan produk herba berasaskan Ayurveda di Kerala India dan telah memenangi banyak award antarabangsa. Diperbuat dari minyak kelapa yang diadun dengan beberapa herba India yang terkenal. Mendapat kelulusan dari Kementeria Kesihatan Malaysia.

Jomlah mencuba !! PHD bukan nak bisnes sangat. Cuma nak membantu rakan-rakan dan pelajar. Harga cuma masih sama dengan harga pasaran RM 3.50. Nak cuba boleh order dengan PHD time free (tak mengajar atau sesi dengan pelajar, tugas tu amanah beb !!). PHD tak kempen cuma sampaikanlah pada rakan-rakan. Mana tahu ada yang memerlukan...bye3..salam

Friday 8 October 2010

Pak Sahak : Pakar Patah (Tulang & Sendi)

Nama pengamal : Pak Sahak ( Nickname)
Alamat : Jalan Pantai 7, Jalan Tg Gemuk-Rompin, Pahang Darul Makmur
Waktu perkhidmatan : Selepas Zohor hingga Maghrib (solat)/Selepas Isyak
Tel : 012-9536275 

(Ulasan foto :sakit sekejap je semasa dirawat)
Malang tak berbau (kecuali terpijak tahi ayam) tubuh badan kita mudah tercedera terutama kanak-kanak yang lasak atau orang dewasa yang selalu juga terseliuh atau patah tulang. Lazimnya bila trauma berkenaan berlaku kita akan berusaha dengan menyapu minyak panas, meletakkan ais ataupun ke klinik untuk mendapat suntikan yang melegakan. Namun jika kecederaan itu agak parah atau kronik (kecederaan lama) eloklah bertemu dengan pakar Orthopaedik. Hospital Pakar terhampir ialah di JB iaitu 140km dan Kluang 90km yang terpaksa melalui jalan yang berliku

Di sini PHD mencadangkan satu rawatan alternatif iaitu dengan 'orang lama' dalam bidang pemulihan patah, terkehel, terseliuh, disc slipped dan 'yang sewaktu' dengannya. Beliau adalah Pak Sahak. Seorang yang dah mencecah separuh abad tetapi masih gagah perkasa. Apa tidaknya beliau ialah Guru (tua) Silat Gayung Fatani  di Daerah Rompin, Pahang. Rajin mengusahakan projek ternakan seperti biak baka itik telur dan juga yang terkini burung walit. Pak Sahak seorang yang peramah dan mudah memahami pesakitnya. Jadi tak hairanlah ramai yang tak kekok mendapat rawatan di rumahnya. Rawatan di buat di ruang luar rumah yang agak luas. Beliau menggunakan minyak buatan sendiri.Formula yang agak luar biasa yang kami sekeluarga namakan Minyak Pak Sahak ( boleh dibeli). Jika lenguh2 atau terseliuh ringan minyak ni memang hebat kesannya (cuma bau dia ada sikit kureng sbb ditanak dlm kuali kot)
Rawatan biasanya adalah pantas kerana Pak sahak memang begitu cekap dalam bidangnya. Teknik yang digunakan memang menunjukkan beliau memang pakar pemulihan tulang & sendi. Pemulihan kadang kala serta merta. Ada juga yang beransur sehari dua dan terus pulih. Bagi yang kemalangan  (spt mat rempit yang jatuh tunggang-langgang langgar lembu) mungkin perlu diulangi 2-3 kali. Biasanya yang dah bersimen pun boleh dirawat (simen tu digunting) dan InsyaAllah beliau cukup mengetahui sama ada tulang yang patah bersimen boleh dirawat atau tidak. Pesakit yang sudah lama pun boleh dirawat. Ada yang pulih secara beransur2 selepas dirawat (pemulihan begini lebih kekal) atau sekurang-kurangnya kesakitan lama itu sudah berlalu. Sebagai contoh bagi kecederaan lama di lutut, sendi yang dibetulkan memerlukan sokongan otot untuk kaki bergerak cergas semula. Oleh itu otot mengambil masa untuk dibina dan tugas kita untuk melatih otot itu supaya mantap kembali (he3..dah jadi penasihat ortopedik pulak).
Mengenai bayaran adalah seikhlas mungkin. Tapi  orang kata biarlah logik.Kalau kita sebagai cikgu eloklah hulur paling minima pun rm30  kerana jika dirawat dengan pakar ortopedik perbelanjaan cecah ribuan rm dan berbulan-bulan untuk pulih !! Biarlah Pak Sahak ni kita 'jaga' baik-baik sebab mengikut survey PHD, dalam negeri Pahang dari Temerloh, Kuantan atau Rompin mungkin beliau seorang sahaja pakar patah yang masih hidup dan aktif.

Untuk mendapat rawatan dengan Pak Sahak elok call dulu. Tetapkan anggaran masa akan sampai. Biasanya barang-barang tambahan tak diperlukan.
Untuk ke sana, dari Mersing, sampai Tanjung Gemuk terus memandu ke arah Kuantan. Kemudian kita akan melalui satu jalan yang agak lurus. Di sebelah kanan terdapat  simpang  jalan-jalan kecil yang menuju kampung-kampung pertanian yang bersebelahan pantai. Ambil simpang Pantai 7 (ada signboard yg diperbuat dari tayar) dan terus memandu sepanjang jalan kecil yang dikiri kanan kebun kelapa dan rumah2 kampung. Rumah Pak Sahak berada hampir di hujung jalan (berdekatan pantai) betul2 mengadap Surau kampung.
Bila dah selesai rawatan eloklah singgah gerai2 jagung & keledek yang berada di jalan yg lurus tu. Seronok juga makan jagung rebus atau bakar setelah masalah kita sudah dirawat !!!

Friday 1 October 2010

DERMA PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ MERSING : Peluang membuat kekayaan & pelaburan terbaik !!

Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing
Tapak Cadangan : As-Syifa', Lot 851,Kg Tanjung Genting, Mersing
Tel : 019-7751896 /013-7787636 /07-7996272
Anak-anak Mersing dahagakan pembelajaran agama dan penguasaan/penghafazan Al-Quran
untuk melahirkan pemimpin & ulama yang berilmu & bertaqwa yang bakal mengubah
masa depan sosial ekonomi Mersing khususnya.

Projek ini adalah projek maahad Tahfiz ke-2 dalam daerah ini demi memenuhi permintaan
penduduk yang berlipat kali ganda dengan wujudnya institusi-institusi baru seperti
MRSM, SM Sains, Politeknik & Kem Gerak Khas (kem tentera terbesar di Asia Tenggara)

Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab kita warga Mersing dan juga umat Islam Malaysia merealisasikan impian mulia ini 


p/s : Selama ini kita dah banyak 'melabur' untuk jasad dan perasaan kita seperti :

     Bar coklat = rm 5.00
     Top-up handphone =rm 20-60 sebulan
      Ice- cream = rm7-8 sebulan
      Cendol, air bergas, jajan = rm30 sebulan
      Duit petrol ronda-ronda bandar =rm50 sebulan
      Duit mercun/bunga api = rm20-50
      Hand set berjenama =rm 600-2000
      Main bowling = rm 60-120 sebulan
      Bil  elektrik berinternet/facebook=rm 30
      Streamyx/broadband =rm60-100 sebulan

Jadi  tak rugi jika menyumbang rm5, rm 10, rm100 sekali sahaja yang keuntungan terjamin berlipat-kali ganda

" Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya,(kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku ! Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan
(kedatangan ajal mati) ku ke satu masa yang sedikit lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripadaorang yang soleh
(SURAH AL-MUNAAFIQUUN: AYAT 10)

Sumbangan bolehlah dibank in ( cash deposit machine atau online banking)  atau cek  :

Akaun Bank Islam Malaysia Berhad

No. akaun : 01096010014696

Atas nama  :TAHFIZ AL-KHAIRIAH MERSING