Friday, 8 October 2010

Pak Sahak : Pakar Patah (Tulang & Sendi)

Nama pengamal : Pak Sahak ( Nickname)
Alamat : Jalan Pantai 7, Jalan Tg Gemuk-Rompin, Pahang Darul Makmur
Waktu perkhidmatan : Selepas Zohor hingga Maghrib (solat)/Selepas Isyak
Tel : 012-9536275 

(Ulasan foto :sakit sekejap je semasa dirawat)
Malang tak berbau (kecuali terpijak tahi ayam) tubuh badan kita mudah tercedera terutama kanak-kanak yang lasak atau orang dewasa yang selalu juga terseliuh atau patah tulang. Lazimnya bila trauma berkenaan berlaku kita akan berusaha dengan menyapu minyak panas, meletakkan ais ataupun ke klinik untuk mendapat suntikan yang melegakan. Namun jika kecederaan itu agak parah atau kronik (kecederaan lama) eloklah bertemu dengan pakar Orthopaedik. Hospital Pakar terhampir ialah di JB iaitu 140km dan Kluang 90km yang terpaksa melalui jalan yang berliku

Di sini PHD mencadangkan satu rawatan alternatif iaitu dengan 'orang lama' dalam bidang pemulihan patah, terkehel, terseliuh, disc slipped dan 'yang sewaktu' dengannya. Beliau adalah Pak Sahak. Seorang yang dah mencecah separuh abad tetapi masih gagah perkasa. Apa tidaknya beliau ialah Guru (tua) Silat Gayung Fatani  di Daerah Rompin, Pahang. Rajin mengusahakan projek ternakan seperti biak baka itik telur dan juga yang terkini burung walit. Pak Sahak seorang yang peramah dan mudah memahami pesakitnya. Jadi tak hairanlah ramai yang tak kekok mendapat rawatan di rumahnya. Rawatan di buat di ruang luar rumah yang agak luas. Beliau menggunakan minyak buatan sendiri.Formula yang agak luar biasa yang kami sekeluarga namakan Minyak Pak Sahak ( boleh dibeli). Jika lenguh2 atau terseliuh ringan minyak ni memang hebat kesannya (cuma bau dia ada sikit kureng sbb ditanak dlm kuali kot)
Rawatan biasanya adalah pantas kerana Pak sahak memang begitu cekap dalam bidangnya. Teknik yang digunakan memang menunjukkan beliau memang pakar pemulihan tulang & sendi. Pemulihan kadang kala serta merta. Ada juga yang beransur sehari dua dan terus pulih. Bagi yang kemalangan  (spt mat rempit yang jatuh tunggang-langgang langgar lembu) mungkin perlu diulangi 2-3 kali. Biasanya yang dah bersimen pun boleh dirawat (simen tu digunting) dan InsyaAllah beliau cukup mengetahui sama ada tulang yang patah bersimen boleh dirawat atau tidak. Pesakit yang sudah lama pun boleh dirawat. Ada yang pulih secara beransur2 selepas dirawat (pemulihan begini lebih kekal) atau sekurang-kurangnya kesakitan lama itu sudah berlalu. Sebagai contoh bagi kecederaan lama di lutut, sendi yang dibetulkan memerlukan sokongan otot untuk kaki bergerak cergas semula. Oleh itu otot mengambil masa untuk dibina dan tugas kita untuk melatih otot itu supaya mantap kembali (he3..dah jadi penasihat ortopedik pulak).
Mengenai bayaran adalah seikhlas mungkin. Tapi  orang kata biarlah logik.Kalau kita sebagai cikgu eloklah hulur paling minima pun rm30  kerana jika dirawat dengan pakar ortopedik perbelanjaan cecah ribuan rm dan berbulan-bulan untuk pulih !! Biarlah Pak Sahak ni kita 'jaga' baik-baik sebab mengikut survey PHD, dalam negeri Pahang dari Temerloh, Kuantan atau Rompin mungkin beliau seorang sahaja pakar patah yang masih hidup dan aktif.

Untuk mendapat rawatan dengan Pak Sahak elok call dulu. Tetapkan anggaran masa akan sampai. Biasanya barang-barang tambahan tak diperlukan.
Untuk ke sana, dari Mersing, sampai Tanjung Gemuk terus memandu ke arah Kuantan. Kemudian kita akan melalui satu jalan yang agak lurus. Di sebelah kanan terdapat  simpang  jalan-jalan kecil yang menuju kampung-kampung pertanian yang bersebelahan pantai. Ambil simpang Pantai 7 (ada signboard yg diperbuat dari tayar) dan terus memandu sepanjang jalan kecil yang dikiri kanan kebun kelapa dan rumah2 kampung. Rumah Pak Sahak berada hampir di hujung jalan (berdekatan pantai) betul2 mengadap Surau kampung.
Bila dah selesai rawatan eloklah singgah gerai2 jagung & keledek yang berada di jalan yg lurus tu. Seronok juga makan jagung rebus atau bakar setelah masalah kita sudah dirawat !!!

15 comments:

  1. Kini Pak Sahak dh meninggal..Moga roh arwah di tempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  2. Ada yg mewarisi kepakarannya x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ank arwah pak sahak ...alhamdulilah ada 2 org abg dpt mewarisi kepakaran arwah...

      Delete
    2. Alhamdulilah,ritu nak p bawa mak bahu nya patah..tapi xtau anaknya boleh jugak berubat mcm arwah pak sahak..sy duduk di rompin..

      Delete
  3. Anak arwah pak sahak merawat ditempat yang samakah..atau di tempat lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Seorg dikuantan dan seorang lg di kelantan...sesekali balik kg ada jugak yg dtg berurut

      Delete
  4. Lebai mat di simpang jalan sg meranti, janglau,rompin, pahang(dekat2 situ jugaklah jalan nya)

    ReplyDelete
  5. No contact lebat mat ade tak???

    ReplyDelete
  6. Lebai Mat Rompin Pahang 010-8380035

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum....Mohon bantu...anak saya asyik accident aje...dr zaman sekolah menengah hingga ke kolej .. accident motor, walau bukan dia langgar orang, orange langgar dia. Walau bagaimana syukur kerna Allah melindungi anak ..walau cedera ringgan tp sejak kebelakangan ini anak mengadu sakit2, dibelakang dan pinggang....skrg anak berkeras kereta Pula ..tp seeing lg kemalangan...harap tolong saya cari org yg bijak pandaiutk ubati anak saya ...atau boleh 'pelepah' anak saya....phone saya 0177235660

    ReplyDelete