Showing posts with label Majlis perpisahan. Show all posts
Showing posts with label Majlis perpisahan. Show all posts

Sunday, 20 June 2010

Makan Malam Perpisahan Cikgu Puteri di Sarina's Kitchen

6 Jun 2010
Sarina's Kitchen
Nota : Dulunya merupakan chalet Sarina's Inn. Lokasi di Teluk Iskandar. Chalet ini dibina di tebing yang agak curam. Menariknya apabila ditukar menjadi restoren,binaan restoren direka bertingkat-tingkat serta berlapis-lapis mengadap laut yang terbentang luas. Bayangkan ketika monsun tiba nanti. Restoren ini sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan dan kesegaran.
Kehadiran KJ sains Hj Khairol menyerikan majlis. Beliau bakal menjadi KGA baru menggantikan Us Saiful yg berpindah ke MRSM Tumpat. Selamat bertugas dengan post baru !
Memang romantik & klasik ruang makan di bahagian tepi
Miss Puteri akan berpindah ke MRSM Lenggong, setelah hampir 10 tahun berkhidmat di unit Biology. Tempat baru lbh dekat dengan kg halaman di Kuala Kangsar
Cikgu Jue dgn hubby Mr Zul n anak2 yg ceria

Tuesday, 15 July 2008

Majlis Perpisahan Cikgu Afzan...

Tarikh : 15/7/08
Time : 2.20-3.00 ptg (after school)
Lokasi : DM Bakery Mersing

Inilah cafe yang famous kat Mersing..Pernah masuk siri Jalan-jalan Cari Makan TV3
Restoren Ala Baba Nyonya yang dihiasi banyak barang antik dan foto lama Mersing
juga kerusi meja dari perabot kayu yg divarnis gelap seolah2 kopitiam tahun 60 an.
Antara koleksi barangan antik yg menjadi daya tarikan
Minuman biasa dan kontemporari seperti dalam menu ni juga disajikan..
Suasana begitu santai. Sesua iuntuk lepak bersama rakan atau bincang hal bisnes kat sini

Minuman ais strawberi menjadi pilihan KJ Hj Khairool..
Ex-KJ Ghazali memilih jus ais buah kiwi
kacau dulu..
inilah menu utama (satu-satunya) iaitu Chicken Chop. Harga RM 10
Cikgu Mardiana tak lupa bawa 2 orang anak terunanya yang hensem..
Hidangan belum terusik kerana yang diraikan belum muncul...
KJ menemani Pak Mat yang memilih meja di tengah..
Inilah yang berlaku..anda boleh membayangkan keenakan rasa CC..
Ju, Put dan Atiqah memilih meja bulat..begitu teruja dengan CC DM !!
Baru sahaja kami nak beredar (sebab ada meeting petang) akhirnya Cikgu Afzan tiba. Lambat mungkin balik mandi dan mekap dulu (?)..Last but not least..
Terima kasih kerana menyumbang bakti kepada bebudak MRSM Mersing..

Moga sukses dalam bidang yang diceburi..Jenguk-jenguklah orang Mersing nanti..

Diharapkan Jabatan Sains dapat menganjurkan makan-makan di luar lebih kerap ..Boleh 'release tension' dan merapatkan hubungan silatulrahim..

Friday, 13 June 2008

Majlis perpisahan Cikgu Salleh & Pn Faridah Najihah

Maktab kita kehilangan seorang lagi guru ikon iaitu Cikgu Salleh yang banyak menyumbang bakti dalam memajukan PSP dari 'zero' kepada pusat ilmu yang amat kondusif. Beliau telah berada di maktab ini sedari awal hinggalah sekarang telah 7 tahun. beliau juga banyak menyumbang bakti sebagai warden, Presiden Kagum dan pelbagai aktiviti maktab. Pernah juga memegang jawatan sebagai pemangku HEP. Cikgu Salleh adalah Guru Cemerlang DG 44 dan akan berpindah ke MRSM Taiping. Ini adalah pengalaman ke-2 beliau di perantauan. Seorang yang suka berkawan dengan semua orang, 'cool' dan rajin membantu menyebabkan warga MRSM Mersing akan merasai kehilangan beliau. Semoga gembira dan sukses di mana jua anda berada !!

Cikgu Faridah Najihah baru 6 bulan bertugas di sini namun kelibat beliau yang aktif dan sering turun naik bilik guru dan pentadbiran. seorang peramah dan fokus akan tugasnya. Khabarnya beliau mendapat jawatan baru di Hospital Sultanah Aminah JB dan akan berada berdekatan dengan tempat bertugas suami tercinta. Sedang menanti kelahiran anak sulung. Semoga bakti Cikgu Najihah akan dibalas Allah dengan kemudahan dan keberkatan. Pengalaman sebagai guru mungkin suatu yang amat berharga dan boleh membantu karier barunya di sana
Ucapan-ucapan


Semua tekun mendengar dan lapar..






Staf-staf kebanyakannya duduk di pondok ilmu..mungkin agak selesa dan nyaman

Tuan Pengetua, En Zamri menyampaikan cenderhati untuk Cikgu Salleh

Al-fadhil Ust faizal Al-hafiz memabaca doa mkan memohon keberkatan...(jimat musim rega barang mencanak nih)

Cenderahati untuk Cikgu Salleh disampaikan Pres Kagum

Moga cenderhati ini dapat dijadikan tanda ingatan

Cenderhati dari Miss Huda, Kagum kpd Cikgu Najiha

Mr M Jamil turut merasa kehilangan mereka

Friday, 15 February 2008

Majlis Perpisahan Cikgu Hidayah

Jumaat.Jam 9.15 ptg 15/2/08(Jabatan Matematik)

Diadakan sebagai meraikan Cikgu Norhidayah guru matematik dan UPPM yang akan berpindah ke MRSM Pendang. Majlis dalam suasana tak formal dan bermacam-macam juadah disediakan oleh guru-guru matematik.Semua gembira dan ceria memandangkan suasana muram sejak 2 hari lepas.

Cikgu Hidayah speaks..



Ustaz Lah juga hadir menceriakan majlis sebagai memberi sokongan dan semangat..



Tuan Pengetua beramah mesra sambil menjamu selera..



KJ Mentor Teacher Akram memberi sepatah dua kata..



Superstaf Faizal juga datang memeriahkan majlis..



Guru dan staf ceria menjamu hidangan..


macam-macam ada..