Friday, 13 June 2008

Majlis perpisahan Cikgu Salleh & Pn Faridah Najihah

Maktab kita kehilangan seorang lagi guru ikon iaitu Cikgu Salleh yang banyak menyumbang bakti dalam memajukan PSP dari 'zero' kepada pusat ilmu yang amat kondusif. Beliau telah berada di maktab ini sedari awal hinggalah sekarang telah 7 tahun. beliau juga banyak menyumbang bakti sebagai warden, Presiden Kagum dan pelbagai aktiviti maktab. Pernah juga memegang jawatan sebagai pemangku HEP. Cikgu Salleh adalah Guru Cemerlang DG 44 dan akan berpindah ke MRSM Taiping. Ini adalah pengalaman ke-2 beliau di perantauan. Seorang yang suka berkawan dengan semua orang, 'cool' dan rajin membantu menyebabkan warga MRSM Mersing akan merasai kehilangan beliau. Semoga gembira dan sukses di mana jua anda berada !!

Cikgu Faridah Najihah baru 6 bulan bertugas di sini namun kelibat beliau yang aktif dan sering turun naik bilik guru dan pentadbiran. seorang peramah dan fokus akan tugasnya. Khabarnya beliau mendapat jawatan baru di Hospital Sultanah Aminah JB dan akan berada berdekatan dengan tempat bertugas suami tercinta. Sedang menanti kelahiran anak sulung. Semoga bakti Cikgu Najihah akan dibalas Allah dengan kemudahan dan keberkatan. Pengalaman sebagai guru mungkin suatu yang amat berharga dan boleh membantu karier barunya di sana
Ucapan-ucapan


Semua tekun mendengar dan lapar..






Staf-staf kebanyakannya duduk di pondok ilmu..mungkin agak selesa dan nyaman

Tuan Pengetua, En Zamri menyampaikan cenderhati untuk Cikgu Salleh

Al-fadhil Ust faizal Al-hafiz memabaca doa mkan memohon keberkatan...(jimat musim rega barang mencanak nih)

Cenderahati untuk Cikgu Salleh disampaikan Pres Kagum

Moga cenderhati ini dapat dijadikan tanda ingatan

Cenderhati dari Miss Huda, Kagum kpd Cikgu Najiha

Mr M Jamil turut merasa kehilangan mereka

No comments:

Post a Comment