Showing posts with label kem cuti kimia 2009. Show all posts
Showing posts with label kem cuti kimia 2009. Show all posts

Thursday, 12 February 2009

Kem Cuti Kimia mendapat sambutan positif

Itulah reaksi guru dan peserta yang menyertai kem kimia kali pertama diadakan di MRSM Mersing. Menurut penyelaras program, Tn Hj Khairol Anuar "boleh dikatakan setiap sesi latihan peserta mendengar dengan tekun dan aktif menjawab edaran yang diberikan. Penceramah utama berjaya memberi input dan tips yang menarik dan mudah diterima oleh pelajar".

Kata-kata aluan dari penyelaras kem cuti kimia

Tuan Pengetua merasmikan kem
Penceramah utama, Cikgu Juriah


Thursday, 5 February 2009

Kem Cuti Kimia bermula hari ini..

Inilah projek anjuran Jabatan Sains yang dikira paling berprestij semester ini. KJ Sains dibantu guru-guru sains, staf-staf makmal,guru-guru asrama dan petugas-petugas yang terdiri pelajar bertungkus-lumus menyediakan fail, alat-tulis serta pelbagai kemudahan peralatan yang akan diguna-pakai oleh para peserta. Lima buah MRSM telah dijemput menyertai bersama dan setakat ini setiap maktab menghantar lebihkurang 40 orang pelajar kecuali pontian (15 orang). Penceramah utama yang akan mengendalikan sesi pendekatan belajar dan menjawab peperiksaan Kimia SPM ialah Cik Juriah bt. Alias dari MRSM Kuala Lipis.Kursus bermula dengan pendaftaran pada jam 3.00 petang ini dan berakhir 4.00 petang Ahad nanti.

Banner

Brochure