Showing posts with label moral. Show all posts
Showing posts with label moral. Show all posts

Monday, 9 November 2009

Satu pertiga remaja perempuan terlibat dalam aktiviti seks

KUCHING: Seorang daripada tiga orang pelajar perempuan sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam kajian Universiti Malaya sedekad yang lalu mengakui pernah terlibat dengan aktiviti seks.

"Jika itu berlaku sedekad lalu, bayangkan apa yang berlaku hari ini," kata penyelidik psikologi kanak-kanak Dato' Dr Chiam Heng Keng memberitahu New Sunday Times sewaktu Seminar Biro Wanita Sarawak bertajuk "Latihan Ke Atas Kanak-Kanak Mengenai Keselamatan Pribadi".

Pada waktu kajian mengenai tingkah laku anak gadis berusia 12 hingga 18 tahun itu dijalankan Dr Chiam merupakan seorang profesor Psikologi Sosial di universiti berkenaan. Beliau sekarang merupakan pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Dalam taklimatnya mengenai "Menghadapi Realiti Hari Ini" Dr Chiam berkata: "Ia memberikan perasaan tenteram kepada gadis-gadis ini kerana kawan-kawannya yang lain turut melakukannya, dan ia tidak lagi salah kerana orang lain melakukannya."

Dr Chiam berkata memandangkan kegiatan seks tidak lagi asing di kalangan pelajar, beliau khuatir pelajar-pelajar sekolah rendah juga akan turut melakukannya pada masa akan datang. Beliau berkata, kajian mendapati sesetengah pelajar mendakan seks untuk suka-suka, tetapi ramai yang melacurkan diri untuk mendapatkan wang bagi membeli barang-barang mahal seperti telefon bimbit dan pakaian berjenama.

Adalah mengejutkan katanya, pelajar-pelajar ini tidak pergi ke taman atau tempat awam untuk melakukan seks.

"Mereka melakukannya di rumah."

Justeru, Dr Chiam menasihatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati apabila anak-anak mereka membawa pulang rakan-rakan yang berlainan jenis ke rumah 'untuk belajar'," katanya. Adalah lebih baik tidak membenarkan mereka menggunakan bilik tidur untuk membuat kerja mereka, sambungnya.

Ulasan :

Lebih kurang 10 tahun lepas telah dibuat soal-selidik terhadap remaja pelbagai bangsa dan agama di Wilayah Persekutuan KL. Lebih kurang 75% pernah melakukan hubungan seks ( istilah zina dalam Islam )

Saturday, 1 November 2008

Ada 10-15 ribu pelacur di KL

01 November 2008

Ada 10 - 15 ribu pelacur di Kuala Lumpur, banggakah saudara?

Majalah Dewan Masyarakat keluaran Oktober 2008 ada memaparkan data dan fenomena yang menakutkan di negara kita yang tercinta ini. Dalam artikel bertajuk “Malam Kuala Lumpur Semakin Menggila”, penulis membentangkan fakta bahawa ” pada 8 November 2005 dianggarkan sekurang-kurangnya 150 ribu wanita terlibat dalam kegiatan pelacuran di Malaysia. Daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 10-15 ribu orang pelacur berada di Kuala Lumpur.”

Saya petik komentar ini dari blog sahabat, Lindaamri, salah seorang ahli RAM FC (kelab pembaca novel Ramlee Awang Murshid).

“Berdasarkan kaji selidik penulis rencana ini, dominasi pelacur di ibu kota sekarang bukan lagi terdiri daripada pelacur kelas bawahan yang bersarang di Lorong Haji Taib dan chow Kit seperti 10-20 tahun dahulu. Sebaliknya, pelacur di KL sudah dimonopoli pelacur kelas menengah yang kebanyakan beroperasi di pusat spa dan urut di hotel mahupun premis persendirian.

Fakta yang lebih mengejutkan saya adalah anggaran pendapatan hasil aktiviti pelacuran ini. Purata harga “caj perkhidmatan” yang dikenakan oleh pelacur kelas menengah kepada seorang pelanggan adalah antara RM100 hingga RM250.

Dengan anggaran jumlah pelacur seramai 10 ribu orang dan lima ribu daripada jumlah ini adalah pelacur kelas menengah yang beroperasi setiap hari serta secara purata seorang pelacur dilanggan oleh tiga orang pelanggan, maka jumlah wang urus niaga seks paling minimum di KL sahaja mencatatkan RM1.5 juta sehari, RM45 juta sebulan dan RM5.4 billion setahun. Jumlah ini lima kali ganda lebih besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2009 untuk membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk miskin di Sabah dan Sarawak!”

Malaysia negara (edit ) kah? Kata Lindaamri dalam blognya:

“Pada ketika saya melihat anggaran pendapatan inilah pelbagai persoalan menerjah fikiran saya sekaligus meragui status Malaysia sebagai Negara Islam. Adakah wajar Malaysia diiktiraf sebagai Negara Islam sedangkan maksiat bermaharaja lela di hadapan mata? Sekiranya ada yang memberikan jawapan – penguatkuasaan ada dilaksanakan tetapi menurut fakta dalam rencana ini – sekurang-kurangnya sebanyak 843 serbuan sudah dibuat di pusat pelacuran di KL dan sebanyak 1309 orang pelacur berjaya diberkas (data Bukit Aman setakat 30 Jun 2008). Angka ini cuma 13.1 peratus daripada jumlah anggaran 10 ribu orang pelacur di KL.

Sememangnya sungguh menyedihkan. Adakah (edit) sekadar memerhati tanpa mengambil sebarang tindakan drastik sambil menikmati hasil lumayan aktiviti maksiat ini? Apakah jaminan masa hadapan generasi akan datang Malaysia yang lebih terdedah kepada gejala maksiat yang lebih teruk sekiranya perkara ini tidak dibendung? Lebih menyedihkan lagi aktiviti maksiat ini telah menular di dalam Internet dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sendiri tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap beberapa pengendali laman web lucah kerana mereka beroperasi secara sah mengikut undang-undang.”

Ulasan :

Pada tahun 1999 ada satu survey di KL mendapati 15-35% remaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pernah sekurang-kurangnya melakukan hubungan seks @ berzina.

Di luar KL seperti di Mersing ini pun dalam satu lorong taman yang kecil (lebih kurang 25 buah rumah) setiap tahun purata 1-2 anak yg tidak diketahui ayahnya dilahirkan.

Statistik yg dikeluarkan di parlimen, terdapat 257,411 bayi yang dilahirkan tanpa nama bapa.

Berbanggakah kita? Apa nak jadi kepada generasi akan datang..