Saturday 25 September 2010

Nasib sebenar Melayu pasca Merdeka (Must Read)

 Mengenai nasib orang Melayu selepas negara merdeka, dengan tajuk 'Malaya Merdeka' Khatijah Sidek menulis :

Dasar kerajaan terhadap negeri-negeri Melayu ialah apa yang mereka namakan pembangunan luar bandar : Membina jalan raya, menggali parit dan membina masjid. Tapi, pengubahan tanah tidak dijalankan; tuan tanah masih berkuasa, cukai lebih tinggi dari dulu, harga padi dan getah turun, maka kehidupan rakyat lebih susah.

....Kami rasa kerajaan hanya membantu pemodal besar dan bukannya membantu rakyat sendiri, orang Melayu, sungguhpun kerajaan mendakwa itu sebuah kerajaan Melayu. Kapitalis besar ialah British dan Amerika; orang tengah pula orang Cina, kadang-kadang orang Melayu. Mereka semua menindas kaum tani Melayu. Maka, kemerdekaan tinggal pada nama saja.

....Sekarang, pengangguran ujud di kampung. Menanam padi dan getah bagi pekebun kecil menjadi semakin teruk kerana harga padi dan getah terus jatuh. Apa akan terjadi kepada anak-anak mereka setelah meningkat remaja? Kalau tak mahu terus menjadi petani penyewa yang miskin dengan bersandar kepada kelapa dan padi, satu-satunya pekerjaan dibandar yang terbuka kepada mereka ialah menjadi budak pejabat, budak suruhan atau pemandu kereta. Mereka tak boleh mendapat kerja lain.

....Saya berjuang untuk semua ini- untuk rakyat, untuk agama, untuk bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu. Saya tahu perjuangan ini benar dan untuk rakyat. Orang Melayu menderita di bawah penjajahan jenis baru ini iaitu penjajahan sikap dan pemikiran, kerana ini bukan kemerdekaan sejati.

No comments:

Post a Comment