Buddha dan Maitreya
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud ’seorang yang bijaksana’ atau’dia
yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud ’nabi’.
Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. PerkataanAntim bermaksud ’yang terakhir’ dan Antim Buddha bermaksud ’nabi yang terakhir’.Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikutsetianya bernama Ananda.
Di dalam Gospel Of Buddha oleh Caurus pada halaman 217 disebutkan, ”Wahai Nanda,
aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, akan
lahir seorang Buddha di dunia yang akan menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia
seorang yang suci dan teguh beragama. Dia akan memiliki ilmu dan kebijaksanaan . Dia
akan menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia akan mengajar kebenaran
sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia akan memberikan kepada dunia ini satu cara
hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA”.
Dalam terjemahan inggeris bermaksud, ”O’ Nanda, I am not the first Buddha in this
world, nor am I the last. In time, there will appear a Buddha in this world, who will give
the teaching of truth and charity. His disposition will be pure and holy. His heart will be
clean. He will possess knowledge and wisdom. He will be the leader and guide of all
men. He will teach a way of life shich will be pure and at the same time complete. O’
Nanda, his name will be Maitreya”.
Berpandukan kata-kata Buddha ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara
mengenai utusan akhir zaman yang dikenali sebagai Maitreya ini.
• Beliau adalah seorang manusia
• Beliau mempunyai peribadi yang mulia
• Beliau akan datang sebagai pemimpin manusia
• Beliau juga seorang pembimbing yang akan mengajar kebenaran kepada
semua
• Beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak kepada kelompok-kelompok
tertentu.
• Ajaran yang akan dibawanya adalah ajaran yang lengkap.
• Beliau adalah Maitreya.
Nabi Muhammad adalah manusia biasa. Berpandukan kata-kata Allah dalam surah al-
kahfi, ayat 110 yang bermaksud ”katakanlah, sesungguhnya aku ini hanyalah seorang
manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang
Esa”.
Peribadi Nabi Muhammad adalah mulia sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dalam
surah al-Qalam, ayat 4 yang bermaksud. ”Sesungguhnya kamu, Wahai Muhammad,
benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
Akhlak dan peribadi beliau adalah contoh kepada semua manusia. Allah menyatakan
dalam surah al-ahzab ayat 21 yang bermaksud, ”Sesungguhnya ada pada diri Nabi
Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu”.
Nabi Muhammad adalah pemimpin yang unggul malah beliau adalah pemimpin negara
Islam pertama yang tertegak di Madinah. Umat Islam ketika itu memberi ketaatan kepada
beliau tanpa berbelah bahagi. Allah menyatakan dalam surah an-Nisa, ayat 90 yang
bermaksud, ”Barang siapa mentaati rasul Allah (Nabi Muhammad) sesungguhnya dia
mentaati Allah”.
Sehubungan dengan ini, Michael H. Hart di dalam bukunya The 100 berkata, ”Saya
memilih Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh kerana hanya beliau sahaja
dalam sejarah begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan...Beliau
mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi
pemimpin politik yang unggul”.
Nabi Muhammad adalah seorang pembinbing dan pendidik berpandukan ajaran Allah
dalam surah Ali-Imran, ayat 164 yang bermaksud. ”Sesungguhnya Allah memberi
kurniaan kepada orang-orang beriman ketika Allah mengutus kepada mereka seorang
Rasul daripada kelangan mereka sendiri yang mebacakan kepada mereka ayat-ayatNYA,
membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka al-kitab dan Hikmah”.
Nabi Muhammad diutus kepada seluruh manusia. Allah menyatakan dalam surah as-
sabak ayat 28 yang bermaksud, ”Tidak kami utuskan kamu Muhammad melainkan
kepada umat manusia keseluruhannya”. Risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad
adalah risalah yang lengkap dan sempurna. Allah menyatakan dalam surah al-Maidah,
ayat 3 yang bermaksud, ”Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamau dan Aku
cukupkan bagimu nikmat-Ku.
Utusan akhir zaman akan kembali dikenali sebagai Maitreya, Di dalam majalah The
Leader keluaran 16 Oktober 1930 disebutkan perkataan Maitreya bermaksud Merciful
atau ’Pembawa Rahmat’. Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren di dalam
bukunya Mohammad in the Buddhist Scriptures. Semua ini selari dengan peribadi Nabi
Muhammad kerana beliau adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam sepertu yang
disebutkan di dalam Quran, surah al-anbiyak ayat 107 yang bermaksud, ”Tidak kami utus
kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam”.
No comments:
Post a Comment