Monday, 23 August 2010

Jalan-jalan Pantai Seri Lalang

Date : 13 Ramadhan 1431/ 23 Ogos  2010
Time : 10. 30 am

Minggu ke-2 berpuasa telah hampir selesai. Perasaan menyambut ramadhan bila umur dah melepasi  40an tak seseronok ketika kanak-kanak,remaja ataupun 20an. Bulan Ramadhan ni agak sibuk kerana ujian amali & trial SPM jatuh pada masa ni. Anak-anak pun sibuk nak belajar puasa & nak makan macam-macam.

Tapi sejak semalam  satu famili kena diarrhea, malam tak dapat tidur cam bilik emergency kerana 'sesi muntah dan  dot dot'..so pagi ni sibuk memcuci cadar, seti dan lantai (mc lah hari ni, nak sahur pun x larat)

Entri kali ni bukan nak cerita pasal tu tapi tentang sebuah jalan pesisir pantai yang amat dicadangkan kepada pengunjung yang baru tiba di Mersing iaitu jalan pantai Tanjung ke Pantai Seri Lalang

Kalau ke Penang, jalan pantai batu Feringgi merupakan 'favourite' saya dan juga pantai PD (selalu pi masa tingal di Masjid Tanah, Melaka), jalan pantai Seri Lalang ini juga menarik dengan pemandangan yang indah dan bermacam premis kunjungan ramai.

Kebetulan , jalan ini adalah alternatif dari bandar ke rumah di jalan Endau, so balik dari Klinik An-Nur sempatlah bawa kereta melaluinya sambil snap2 foto dgn kamera hphone

Ini dulunya bernama Galeri Keropok tapi sekarang dah bertukar nama
Gelanggang futsal yang berkualiti tinggi, menjadi tumpuan utama petang & malam,uniknya betul-betul di tepi pantai
Bersebelahan dengannya adalah Medan selera Seri Lalang yang sangat popular pada waktu petang & malam,semua menu ada tetapi  kerang bakar,nasi lemak, nasi bubur dan keropok menjadi juadah utama
Deretan premis jualan makanan laut kering seperti keropok lekor, keropok kering,sotong kering, sos cicah & macam2 ada di sini. Kedainya besar-besar, mata pun boleh jadi rambang sebab banyak sangat pilihan, cuma bajet dan keupayaan menghabiskan semuanya menjadi ukuran.
Pemandangan laut yang dihiasi pulau-pulau seperti Pulau Setindan memang melapangkan fikiran (kalau ada kamera yang lebih berkualiti..) Inilah keuntungan tinggal di Mersing bandar peranginan tersohor !!!
Banyak tempat nak melepak dan wakaf-wakaf disediakan
Setibanya ke simpang Taman Lautan Biru, laluan utama Mersing-Endau-Kuantan  diambil semula. Jalan pesisir pantai ini jika diteruskan perjalanan akan melalui Pantai tanjung Genting ( baca entri mengenai pantai ini [klik] ), & Pantai Tenglu laut  sehingga tembus ke jalan  Pantai Air Papan .
Dari pusat bandar Mersing nak masuk kejalan ini mudah sahaja. Selepas meyeberangi Jambatan Mersing, cuba membelok ke mana-mana jalan yang menuju ke kawasan pantai di sebelah kanan, cuma jangan ambil laluan kambing sudah la..he3 (lawak puasa)

Selamat beramal ibadah untuk mencapai Lailatul Qadr !!

No comments:

Post a Comment