Tuesday, 31 August 2010

Butik Pesona & Butik Sutera Emas di Mersing..jom shopping baju raya

Bersebelahan dengan 7 Eleven Bangunan Mara baru di Jalan Endau ( selepas jambatan Mersing)

Butik Melayu yang berkonsep pakaian wanita & lelaki Melayu kontemporari yang semakin mendapat tempat di hati penduduk Mersing
Tak dapat dinafikan, sesiapa sahaja yang memandang hati mesti tertarik ingin memilki butang baju melayu yg sangat cantik ini
Pilihan tudung yg terkini dengan pelbagai harga
Design terkini & aksesori yg ditambah khas mungkin mybbkan ramai yg tertarik pd hari lebaran nanti. Istimewanya harga sangat berpatutan.
Pakaian yang diperaga dalam patung sama seperti yang terdapat dalam majalah fesyen
Brooch yg high class tapi harga sgt berpatutan, dah tak perlu pi jauh2 shopping
Ruang, susunan & kasut yang ditinggalkan di luar menyebabkan kanak-kanak suka bersantai & bermain-main  di butik ini
Baju kurung dari kain kapas (cotton) yg skrg ni jd  trend yg popular
Butik Pesona ini juga terletak bertentangan dengan Timotel Hotel yang famous tu

BUTIK SUTERA EMAS

LOKASI : Bandar Baru Tepian Sungai
( Sebaris pasaraya Ulfah (baru) & Cosway)

Butik ni cantik, tertutup & fully aircond
Pelbagai pilihan baju (yang memang terpilih) menjimatkan masa dan tak perlu survey banyak kedai pakaian seperti mana biasa. Itulah kelebihan butik. Paling istimewa harga baju di sini sama harga (atau lebih murah) dari pasaraya  pakaian terkenal tapi kualiti & keselesaan jauh lebih baik.
Antara yang dapat dipaparkan di sini

Fesyen & warna baju batik ni....cakap pun tak guna..datanglah lihat tarikan hebat  ini
Pilihan baju Melayu tak dipaparkan di sini (bimbang kehabisan stok jika dipaparkan imej di sni,he3)
Kanak-kanak paling gembira bermain
Kehadiran butik-butik seumpama 2 butik dalam entri kali ini sangat dihargai oleh warga Mersing. Tak perlu lagi meredah 150km melalui jalan berliku & sunyi ke JB , bersesak-sesak, berebut berbuka di restoren time berbuka & macam-macam kesusahan terutama yang berkeluarga besar & anak-anak masih kecil

No comments:

Post a Comment