Saturday, 3 July 2010

Aksi Tempur Taekwondo Mersing

Tempat latihan : Kantin/Dewan Sekolah Keb. Sri Mersing
Hari : Setiap Sabtu
Masa : 3.00-4.30 petang

Salah satu kelab sukan/seni mempertahankan diri yang paling aktif di Mersing ialah taekwondo. Kebanyakan sekolah di sini dan juga beberapa agensi kerajaan di Mersing mempunyai  kelab taekwondo untuk pelajar-pelajar, staf-staf atau untuk anak-anak. Kesemua latihan taekwondo di Mersing yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah iaitu  Master Ng Chee Cheng yang lebih popular dengan panggilan 'Sir' oleh penduduk Mersing dan Endau . Beliau telah mengendalikan latihan Taekwondo secara sepenuh masa. Masa latihan adalah sepanjang minggu dari pagi hingga malam termasuklah pada waktu cuti persekolahan. 'Sir' seorang yang sangat berdedikasi,penyabar,peramah dan bijak mengendalikan anak-anak buahnya yang terdiri dari kanak-kanak berusia 6 tahun(tadika) hinggalah kakitangan yang berusia 30an. Setakat ini ramai anak didiknya memperolehi tali pinggang hitam sejak memulakan kariernya sebagai jurulatih lebih 13 tahun lalu. Menariknya, bilangan pelajar Melayu lebih ramai walaupun seni/sukan taekwondo lebih popular di kalangan bangsa Cina.Bilangan pelajar semasa adalah mungkin mencecah 500-700 dan aktiviti beliau berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Sesi latihan bermula dengan aktiviti warming-up, regangan,menguatkan otot dan stamina

Aktiviti diteruskan pada hari ini adalah latihan pelbagai tendangan. Peralatan yang disediakan mencukupi dan setiap pelajar mendapat peluang yang secukupnya untuk berlatih
Master Ng tanpa jemu menunjukkan teknik tendangan yang betul, tepat dan laju

Satu lagi jenis tendangan yang perlu dikuasai oleh pengamal taekwando

Teknik yang betul sangat dititik-berat oleh Sir, namun pendekatan latihan lebih bercorak sukan, bermain dan mudah diterima oleh kanak-kanak

Ramai pelajar baru mendaftar pada tahun ini. Kebanyakannya berjaya 'naik' grade dalam ujian grading baru-baru ini. Kini mereka sudah memegang tali pinggang kuning. Dalam setiap sesi terdapat pelajar lama yang memegang tali pinggang hijau, biru, merah dan juga hitam (black belt)

Sangat mengkagumkan kerana Master Ng mempunyai teknik tendangan yang sempurna dari segi teknik, kelajuan, kekuatan dan ritma (mengikut pengamatan GHD). Terpulang kepada anak-anak buah untuk cuba mencapai tahap tersebut.

Keyakinan diri dan berani mencuba..Itulah antara sifat penting yang dibina dalam latihan taekwondo. Sifat yang dapat membantu membinadiri  kanak-kanak di usia yang masih rebung

Pelajar perempuan juga ramai menyertai atas kesadaran tentang kepentingan melengkapkan anak-anak menguasai seni mempertahankan diri memandangkan meningkatnya kes-kes keganasan jenayah yang berlaku d tidak mengira usia, tempat dan masa

Bersedia dengan gadget sparring
Sebelum tu, penyampaian sijil naik gred. Majoriti bertukar tali pinggang dalam sesi grading baru-baru ini

Bermulanya sesi sparring yang ditunggu-tunggu..

Tak sangka juga walaupun baru sahaja memakai tali pinggang kuning , peserta sparring begitu berani bertempur dengan mencuba teknik-teknik tendangan yang dipelajari tadi

Kecergasan,kebijaksanaan, kecekapan dan kebolehan membuat keputusan serta pukulan yang tepat diperlukan untuk menguasai sparring

Peserta sparring yang melanggar peraturan dikenakan denda 'ringan' sebagai peringatan dan juga membina sikap dan disiplin

Pelajar perempuan yang saiz jauh lebih kecil ini begitu hebat dengan teknik tendangan untuk membalas serangan rakan sparring bersaiz jauh lebih besar

Saksikan video aksi tempur murid tahun 1 di sini [ klik di sini]

Sesi tamat jam 4.30 petang. Pelajar-pelajar seronok dan belum puas dengan latihan. Begitupun ibu bapa kebanyakannya telah menunggu. Ramai juga yang pulang berjalan kaki dengan rakan-rakan kerana kediaman mereka terletak di kawasan-kawasan perumahan sekitar sekolah


Kepada ibu bapa yang berminat, bolehlah menelefon  Master Ng melalui no handphone 019-7552987 atau 017-7600987. Tuan-puan boleh berbincang dan menentukan masa, tempat dan hari latihan yang sesuai. Jika terlepas sesi latihan, tuan-puan boleh menghantar anak-anak di mana-mana sesi latihan lain yang terdekat. Yuran hanyalah rm20 dan amat berbaloi dengan faedah yang diterima. Ambillah peluang yang terbaik ini ketika anak-anak masih muda. Sukan Taekwondo mampu membina disiplin,berani,beradab disamping meningkatkan kesihatan anak-anak.

No comments:

Post a Comment