Sunday, 13 June 2010

Balik Kampung 2010..part 1: Pekan Sari Temerloh yang klasik

      Lokasi : Kuala Semantan, Temerloh
Tarikh : Ahad 13 Jun 210
Masa : 9.00 pagi

Sinopsis : Sudah lama tak berkunjung ke Pekan Sari (Sehari)Temerloh di Kuala Semantan iaitu pertemuan antara Sungai Semantan yang penuh sejarah perjuangan dengan Sungai Pahang. Menurut arwah moyang, penduduk kampung sejak lama dulu (mungkin sebelum abad ke 19) akan membeli-belah barang keperluan untuk bekalan mingguan dengan menaiki perahu atau bot penambang ke pekan yang terletak di sepanjang tebing sungai ini.Bandar asal Temerloh dikatakan asalnya adalah deretan kedai lama yang masih wujud semasa saya kecil dalam tahun 1970an. Pada masa kini kawasan ini sudah dimajukan menjadi Esplanade Temerloh ala2 Kuching waterfront dan boleh dikunjungi hingga waktu malam kerana adanya gerai dan medan makan di sini. Kalau masa dulu-dulu kwsn di sini agak 'keras' pada waktu malam. Di tebing sungai berhampiran pekan sari ini juga dulunya terdapat deretan rumah rakit.

Terdapat banyak jualan bahan-bahan eksotik akar-akar, tongkat,senjata-senjata, barang-barang antik dll




Ikan-ikan sungai patin (sangkar) dan juga spesies lain boleh dibeli dengan harga yang murah di sini

Mercu tanda Temerloh yang baru. Saiz agak besar melebihi mercu di Pekan

Jeruk-jeruk tempatan spt jeruk petai, jeruk sayur maman(sedap makan dgn ikan bakar) ada dijual

Tikar mengkuang design lama buatan orang kampung spjg sungai ada juga dijual (simple dan selesa)

Ni ayam kampung agaknya



Buah salak



Terdapat banyak gerai sarapan mengadap keindahan Sg Pahang



Petai  (loghat Temerloh : Petei) gemuk-gemuk,satu tangkai dah cukup buat sambal tumis. Tak heran lah orang sini petai tak dapat dipisahkan

Cikgu Lia ex-Teacher MRSM Mersing tah mcamana bertemu kat sini. Cikgu Lia skrg di MRSM Tawau. Dia siap posing suh masukkan dlm facebook

Madu kat sini banyak ori, tapi musim madu dah blalu, mungkin skrg dah tak ori

Tapai juga sangat popular dijual di pekan sari ni

Bot penambang menyeberangi sungai pahang..ada berani naik?

Jeti bertingkat..canggihnya..kalu air banjir naik mungkin tenggelam juga

Macam kenal jer?




No comments:

Post a Comment