Saturday 20 February 2010

Rasa bijak sangat bacalah..

4:109. Beginilah kamu, kamu berdebat bagi pihak mereka dalam kehidupan dunia; tetapi siapakah yang akan mendebat Allah bagi pihak mereka pada Hari Kiamat, atau siapakah yang akan menjadi wakil bagi mereka?

Salik2 yang mahir berdebat menjadi kebanggaan guru2. tak kiralah guru pondok ataupun guru2 sekolah. Kononnya dia dianggap pintar dan ada bakat utk mewarisi ilmu warisan agama nenek moyang masing2.
Perdebatan adalah tradisi berfikir ”Barat”. Teknik berfikir cara berdebat sangat disanjung dan dihormati di sana. Serupa juga kepada negara2 yang pernah dijajah oleh barat. Jepun kurang reti nak berdebat sbb depa tak penah dijajah oleh Barat. India (negara padaiyappa) dijajah Inggeris selama 150 tahun oleh tu India pandai berdebat (kdg2 kat tempat kerja pun keling cakap punya dasat, keja tak tera mana pun!) Tanah Melayu pun dijajah Inggeris 70 tahun, Melayu pun pandailah jugak berdebat tapi tak sepandai org India.
Sejarah berdebat bermula dari negara Yunani, bermula dari kegiatan dialog Socrates. Stail pikiaq socrates ini ditiru dan dianuti oleh tokoh gereja zaman pertengahan. Depa ni perlu kepada teknik mematahkan hujah2 golongan penderhaka yang mempersoalkan kesahihan agama2 Kristian masa tu. Pasaitu, gereja gubah falsampah dan asas budaya dan pendidikan, maka tradisi debat2 ni berjaya dimaktubkan dalam setiap kegiatan intelektual Barat.
Tradisi intelektual Yunani ini mempengaruhi perkembangan intektual Islam. Tradisi ”Barat” masuk dalam dunia Islam dgn cara kegiatan penterjamahan besar2an kitab2 Yunani ke bhs Arab. Itu pasai ada kalangan org2 Melayu yang pi belajar kat Al Azhar mahir menggunakan kaedah debat2 ni. Dlm ni pun berlambak.biasalah beb!

Debat ni start bila ada org kemukakan satu idea. Ada cadangan, usul atau pendapat. Dia pulak yakin ideanya betui. Kita pulak yakin idea dia salah. Oleh tu, kita menentang idea tsb.
Dalam istilah tradisi kuno Yunani, idea asai disebut thesis. Kita yang akan sangkal thesis itu menggunakan sangkalan yang dipanggil anti thesis.. org2 yunani zaman tok Socrates ni yakin sgt perdebatan antara thesis dan anti thesis akan hasilkan manfaat, itulah pasai terbitnya sintesis, iaitu idea yang ada gabungan unsur terbaik yang ada pada tesis dan anti thesis.
Debat2 ala yunani disebut pula dialektika. Di tu maknanya dua. Dialektika ialah falsampah yang berdasarkan kepada dua logik yang saling kontrakdik (saling bertentangan dan berlawanan). Mekanik dialektika berasaskan prinsip sangkalan. Cth kalau kalau tak ”hitam”, tentunya ”putih”. Kalau tak ”putih”, tentunya ”hitam”. Bagaimanakah kita nak buktikan sstu itu ”hitam”? Caranya ialah dengan membuktikan yang sebaliknya (bertentangan), iaitu buktikan ia ”putih”. Inilah kaedah prinsip penyangkalan. Yakni asas berdebat. Ini lah juga stail majlis perbahasan dijalankan. Satu pihak ”pencadang” dan satu pihak ”pembangkang”. Pencadang kemukakan thesis, pembangkan kemukakan anti thesis. Pencadang yakin thesisnya betoi. Pembangkang akan buktikan thesis itu salah, dgn guna anti thesis. Bila kita guna anti thesis, kita cari kecacatan (flaw) yang terdapat pada idea asal dan kita jadikan kecacatan itu bukti idea yang tak boleh diterima (macam Karpal singh duk buat la ni dlm court hahaha).
Dari sudut teori, konsep thesis, anti thesis dan sintesis ni menarik pemikiran rasional kita sbb konsep tu Nampak jelas, kemaih dan senang nak belajaq dan digunakan. Praktikalnya, konsep ni susah nak apply. Puncanya dr proses debat tu sendirilah. Dalam debat, dua2 pihak tamau kalah punyalah.komitmen masing2 nak buktikan idea sendiri betoi dan idea org lain salah. Depa ni bukan minat nak terima idea lawan atau tukaq idea depa skrg. Dalam keadaan ni, proses asimilasi idea atau sintesis susah nak jadi lah.hahaha.sbb kita dok harap depa dapat gabung aspek terbaik idea masing2 utk menghasilkan idea2 yang lebih bermutu (bukan vellu) daripada idea thesis atau anti thesis. Ini kerana motif depa2 yang berdebat ni ialah utk pertahankan idea sendiri, bukan utk menerima idea org lain.(kwang3)....sendiri mau ingat.

Org yang mahir debat2 ni ada skill membuktikan idea org lain salah. Depa ni habuk pun tarak yakni takda skill cipta idea ataupun skil memperbaiki idea yang tak perfect. Depa punya kegilaan ialah memenangi perdebatan dengan membelasah idea pihak lawan. Cara depa guna ialah guna teknik kritikal dan negatif.
Stail pikiaq cara debat ni kalau tak kena gaya boleh jadi skil yang merosakkan. Dengan guna pikiran kritik dan negatif, depa bunuh habis idea2 yang dok ada sekeliling depa dengan cara depa cari aspek2 yang org len tak nampak, ditinggaikan, kelemah2an2 dan kekurang2an idea tsb. Aspek ni dijadikan mcm rasional spy idea2 tu dikatakan ”salah”,”haram”, ”membahayakan”, ”tak paham”, ”tak sampai” dan mcm2 lah istilah2 penyangkalan.
Misi2 depa yang berdebat ialah:
1- buktikan org lain ”salah”. Idea org tu bertentangan dengan fahaman dan doktrin yang depa yakini betoi. Org ni tak konsisten. Org ni tak bijak (bodoh?), tak teliti dan yg bestnya, tak sedaq silap dia.
2- Membuktikan org lain jahil (istilah lembut gitu2 utk gantikan bodoh). Org lain bodoh dan bukan ahli, pakar.oleh tu, idea depa hat mangkuk hayun ni takleh diterima sbb depa bodoh.

Tradisi debat2 ni jadi asas pikiran konflik. Org bijak dan hati murni (mcm cikgu murni anak pak berahim) kalau suruh amik bahagian dalam acara debat, mesti boleh bertukaq jadi org yang kritikal, negatif dan konflik.
Depa yang percaya kepada dialektika ni percaya depa hanya perlu satu sahaja alasan utk membuktikan idea org len tak benar dan sbb tu tak bleh pakai idea org lain tu. Walaupun idea org lain byk manfaat, tapi idea tu kene reject mentah2 sbb ada satu saja kelemahan.
Dalam tradisi dialektika, hanya ada dua logic: betoi ataupun salah. Terima atau ditolak. Takdak pun logik ketiga yakni boleh diperbaiki ka atau boleh ditingkatkan lagi ka. Logik2 seperti boleh diperbaiki atau boleh ditingkatkan lagi takda dalam kepala hotak org ada asyik bawak stail pikiaq dialektika yang memusnahkan ni.
Kenegatifan adalah ciri teknik pikiaq stail debat dan soal menang kalah jadi tujuan.bagi depa ni, soal menang sgt penting. Nak menang ialah dengan cara belasah cukup2 idea yang sedang dinilai. Pihak yang kena belasah pulak berdebat utk membuktikan ideanya kebal dan imun kuat dari serangan. Caranya kemukakan hujah yang tersusun dan rapi. Pihak yang belasah pulak taruh cukup2 utk buktikan hujah pihak yang kena haria penuh kelemahan.

Dua2 nak capai satu matlamat serupa, iaitu nak menang. Soal menang ni depa rasa penting sgt2 sbb bila depa menang dalam debat depa akan dapat ”rasa” perasaan yang depa tu betoi.ntah2 rasa mcm pekena ganja kut.hahaha...pastu memberikan kepuasan yang maksimum kiranya macam org hisap rokoklah lepaih makan.hahaha. depa rasa bijaksana, dikagumi, berperibadi hebat, pandai, istimewa, insan terpilih dan mcm2 lagi perasaan.syok sendirilah katakan....
Org2 biasa pun buleh cari dan susun hujah2 yang padu (mcm tendangan padu maut kesatria baja hitam) utk membelasah idea org lain. Ni lah gejala ”intelligence trap”. Org yg pintar gunakan daya pikiaqnya utk pertahankan satu sudut pandangan yang ada. Dalam dia tak sedaq, dia terperangkap dalam kecemerlangan, keterbilangan, dan kegemilangan hujah yang dia sndiri cipta.

Utk merasa ”kita ni betoi” bukanlah susah sgt. Pilihlah mana2 pandangan yang kita mau. Pastu pilih bukti, kes2, statistik, maklumat yang selari dengan persepsi kita. Nak sempoi lagi, sulam skit dgn ayat2 kitab2 suci ataupun hadis2 tersohor yang mana org len tak leh counter. Dalam bercakap, guna kata2 yang ada nilai2 am mcm ”kebenaran”, ”akhlak”, keadilan, kebahagian, ketenangan, penEsaan, hati yang suci, zuhud la segala mak nenek pun buleh..Pastu kita lempaq atau tembak guna sindiaq halus kepada org yang hujahnya kita berdebat. Lepaih buat semua ni, kitapun rasa kita ni seorg pemikir yang baik dan kita dah berjaya kemukakan hujah yang maha hebat.haha. sindiran yang kita lempaq tadi bukan ada kena mengena sgt dari sudut maklumat, tapi sindir2 ni mmg satu alat yang sempoi utk bergaduh atau bak kata org tua2 – satgi jadi bunga taiklah. Ini kerana sindiran mencapai objektifnya tanpa kita perlu sembang pjg lebaq. Kalau tgk betoi2, sindiran ni ialah asas tulen kenegatifan.kwang3...

Para pendebat percaya dan yakin debat ni ada kegunaan yang positif. Kononnya dengan debat, org akan go in depth dan kononnya temui titik akhir ataupun kebenaran yang mutlak ttg sstu perkara. Debat juga berguna utk bg chance kat depa ni mengemukakan dan menerangkan sudut pandangan masing2. dengan ini, depa dapat mempengaruhi dan membuka luas minda org yang didebat. Org yang nak cari pengaruh, atau guru2 nak baru nak bukak pesantren baru atau nak bukak minda org slalu guna stail ni. Debat juga buleh guna utk tunjukkan perbezaan pendapat dan mcm2 lagilah. Cth debat juga buleh guna utk mempebesaq2kan sstu perkara. Kononnya dengan ketangkasan para pendebat2 membelasah idea dan kefahaman masing2, depa percaya kebenaran akan muncul. Ala mcm cerita gandalf mai bawak tentera berkuda time subuh dalam lord of the rings. Satu pihak akan menang dan satu pihak akan kalah. Secara teorinya, kemenangan sangat2 diharapkan. Realitinya, benda ini susah nak capai sbb ada yang bermati2an mempertahankan idea yang ”lapuk”.

Cara pikiaq bergaduh dalam debat ni menggalakkan org yang ideanya dibelasah dan diharia, bertambah degil (ketegaq) dalam mempertahankan ideanya. Depa akan bertambah tegas dalam doktrin, dan kefahaman mrk. Oleh sbb tu, depa akan katup pintu kepala hotak depa drp terima pandangan yang bercanggah dgn depa. Depa tak minat pun nak cari persepsi yang lain. Mcm kura2, kepala akan ditarik masyuk dlm perisai. ”kepala” lain pun sama jugak.hahaha.kalau dia degil masa berdebat, la ni lagi lah bertambah2 degil dan keras kepalanya. Ini akan buatkan si pembelasah ni lagi kuat membelasah dengan kemukakan hujah yang lebih keras. Lagi gila kalau depa taksub dgn kefahaman yang depa nilah golongan yang betoi lagi terpilih.lagi haru!
Pasaitu, si pembelasah ni jadi berkobar2 dan terfokus. Kiranya tak sabaq nak bukak forum sbb nak berdebat.haha.mcm sehari tak hisap rokok, hidup pun tak senang. Akibatnya, si pembelasah pun semakin terjerat dan terbelit dalam persepsi depa sendiri. Depa juga tak minat nak cari persepsi alternatif atau menerima persepsi orang yang depa belasah cukup2.

Depa yang pemikiran bergaduh ni percaya dan yakin debat ni ada aspek positif. Debat mampu lahirkan perubahan pada sudut pandangan berdasarkan kefahaman baru. Ala senang kata, debat buleh tolong org tgk perkara yang sama tapi dalam konteks yg lain pulak. Ini lah yang depa nak dlm debat. Kalau debat dapat hasilkan perubahan sudut pandangan, maka kitapun syorkan utk digunapakai secara meluas. Tapi, benda ni jarang2 berlaku. Dan ini bukan tujuan utama perdebatan Cuma side effect ja.
Bg aku, kaedah yang best utk hasilkan perubahan sudut pandangan ialah perbincangan. Sbb dalam debat, semua dah ada peluru dan hujah masing2.hahaha. kemudian semua pakat2 serang dan pertahan hujah masing2. sbb tu debat takboleh hasilkan idea lain atau idea baru.kwang3

Prinsip dialektika ialah asas logik barat. Dalam prinsip ni, penyataan yang saling eksklusif tak mungkin sama2 benaq. Ala senang cerita, sesuatu tak mungkin benar dan salah serentak.hahaha.
Stail pikiaq barat atau tarikat socrates (kpd sesiapa yang menganuti fahaman ini) menggalakkan kita secara saja2 cari kontradiksi bukan menjauhinya. Kita saja2 cakap benda2 yang kontradik.
”orang pintar akan berjaya”
”Kassim Pentalone tidak pintar”
”oleh itu, Kassim Pentalone tidak akan berjaya”.
Dua statement : ”orang pintar akan berjaya” dan ”Kassim Pentalone tidak pintar” adalah berlawanan, sbb tu Kassim Pentalone tidak akan berjaya. Kita mungkin tak kata Kassim Pentalone tidak pintar dan oleh itu akan berjaya mcm kita tak boleh kata Sidek Segaraga ke utara dan ke selatan serentak.
Dalam stail pikiaq barat ni, hanya ada satu jawapan yang betui, jawapan2 lain semua salah. Begitu juga, mana mungkin satu jawapan ada separuh betoi dan separuh salah mcm teloq separuh masak. Samada betoi kesemuanya atau salah kesemuanya. Logik barat tak membolehkan kita membuat statement yang ada berlawanan serentak.
Depa2 yang suka sgt pikiaq cara logik barat ataupun tarikat socrates ni takut sgt pada perkara yang berlawanan. Depa ni hanya mahukan satu jawapan yang tepat sahaja. Depa ni taktau nak buat apa dan mengelabah biawak jika depa berdepan dengan keadaan yang tak pasti. Tapi life is full of suprises (ketidak pastian).hahaha. ketidakpastian adalah sebahagian daripada reality

Cermin ketidakpastian ialah konsisten. Dlm logic barat ataupun tarikat Socrates ni, semua jawapan hendaklah konsisten. Semua manusia depa rasa harus bersikap konsisten. Depa yang syok dgn logik barat ni tak dapat menerima jawapan yang betul buat sementara waktu.manalah tau esok jawapan hari ni mungkin salah pulak! Depa juga tak dapat terima orang yang mengubah2 pegangan/pemikiran/kefahaman mereka dari waktu ke waktu. Depa ni juga tak dapat terima seseorang yang ada dua pegangan yang saling berlawanan.cth mcm tuhan itu ada dan tuhan itu tak ada. Ataupun sesorng tu pegang pahaman maqam tuhan dan hamba serentak. (mcm iklan biskut chipsmore).atau jadi setan dan jadi malaikat serentak atau main depan dan main belakang serentak.
Kegilaan terhadap prinsip berlawanan ni buleh buat manusia terperangkap dalam cara pikiaq yang negatif yang suka tolak idea2 yang sama baiknya.

Dalam kaedah tarikat socrates ni, kita perlu buktikan cara kita betul pada tiap2 tahap pemikiran kita. Ala mcm kelas matematiklah. Cikgu akan check peringkat kita selesaikan masalah math, selain drp periksa jawapan kita yang last. Jika jawapan kita betoi, tapi dalam teknik kiraaan silap, cikgu akan kata jawapan tu salah. Lebih kurang lagu ni lah. Kononnya kita tak boleh silap pada tahap pada setiap tahap pemikiran yang wajib dipertahankan kebenarannya. Hubungan yang kait antara satu tahap dgn tahap yg lain ialah logik semata2. logik ni bersifat memilih iaitu yes or no. Betul atau salah. Hitam atau putih. Hanya satu pilihan sahaja. Logik ni hanya minat memastikan dari mana satu2 idea tu mai.hahaha.depa tak reti nak guna atau terbitkan idea2 baru utk berpikiaq ke depan secara progresif. Oleh itu, depa ni terperangkap dlm peristiwa/ilusi2 yang lalu...kesian...

itu sbb depa ni mahir guna pelbagai huraian, cth kalau org bg statement ar rahman, depa akan argue dan tanya kot mana mai ar rahman yang org bg tu faham. Atau apa yang hangpa paham takrifan ar rahman tu. Depa dah ada satu anggapan dalam kepala hotak depa yg org yg bg statement tu tak faham.biasalah ego bang! Hahaha.Bila pihak yg kena tny tu mintak depa bg cadangan, tak nampak pun depa dapat bawak kefahaman ar rahman utk progresif ke depan.dan depa suka tinggaikan geng hat kena belasah tu dlm keadaan tergantung atau no win situation di mana seseorang tu ada pilihan tapi tiada pilihan yang menguntungkan. what a shame
Sekadar cth....
Stail logik barat ni anggap cara utk buktikan jawapan tu betoi adalah dengan provekan jawapan tu terhasil daripada peringkat2 yang betoi. Pendek kata, jawapan tu betoi sbb cara dia betoi.stail ni bertujuan utk menilai apa yang betoi dan apa yg salah dan mempertahankan nya. Bukan minat nak cari apa yang berlainan pun.
Stail ni juga minat nak analisa dan menghuraikan tentang sejarah dan apa2 yang telah terjadi. Bukan nak lompat atau explore satu konsep ke satu konsep yang lain. Pemikiran logik pulak suka mewajibkan kewajaran bg apa yang kita ucapkan. Kiranya aku cakap, aku ada alasan ttg apa yang aku cakapkan. Ala mementingkan kewajaran sebelum setiap tahap dalam proses berfikir. Mcm bukti perlu dikemukan dahulu sebelum sebarang keputusan perlu dibuat. Depa ni suka stail pikiaq lagu ni tak leh terima stail pikiaq yang sat berubah2 dan lompat sana sini tanpa alasan yang wajar.hahaha....

BAHAYA KEPADA YANG DAHULU, SEKARANG DAN AKAN DATANG

Pikiran logik ni bahaya pun ada la jugak. Sbb asasnya ialah fungsi rejection iaitu NO! TIDAK! Katakan TIDAK! Hahaha. Bila asyik duk katakan tidak kepada yg lain, kita mungkin terperangkap dalam adequacy yg mana kita dah anggap idea yang ada sudah memadai.
Mcamana kita boleh terjerat?
Bila kita dah jumpa satu2 idea/kefahaman/pegangan yang tak dapat ditolak lagi, kita akan anuti idea/kefahaman/pegangan itu. Mungkin idea/kefahaman/pegangan yang kita faham itu sudah memadai bg kita, tapi mungkin ada idea/kefahaman/pegangan lain yang lebih baik. Tapi idea/kefahaman/pegangan yang lain itu tidak dapat diterokai sbb kita tak dapat gunakan TIDAK utk berpikiaq di luar batas adequacy kita.

Bahaya no 2, logik vertikal ni sekat pemikir2 daripada dengan machonya mengemukakan idea/kefahaman/doktrin yang tak dapat dipertahankan. Oleh sbb takut tak mampu nak pertahan idea daripada kena reject atau dibelasah, makan idea2 yang nak ditulih atau dikemukakan dalam forum akan dipilih daripada idea2 yang sesuai dgn idea2 yang telah pun ada, dan sesuailah dgn keadaan skrg. Mana ada org yang berani kemukakan idea2 yang pelik2 skit sbb ketakutan akan dibelasah oleh otai2 pemikiran logik yang gila ini. akibatnya, tak terbit idea/pemahaman/pegangan/doktrin yang mencabar pemikiran yang dok ada skrg. Pasai tu, peluang utk pemikiran yang dok ada skrg ni amat susah nak berkembang. Logik vertikal juga paksa si pemikir yakin tahap dewa yang dia dapat pertahankan ideanya, barulah dia berani kemukakan dan tulih dalam forum. Bg depa yg malu tapi mahu atau penakut tapi buat2 berani, terpaksalah guna balaci2 atau budak2 suruhan bg kemukakan fahaman depa. yalah, takut kena belasah. Kalau kena, depa taklah malu sgt dan tak terserlah ketidakbijaksanaan mereka yang perasan guru itu.biasalah bang...ego.. Bahayanya kat sini ialah, dengan sendiri tertolak kemungkinan idea itu dipertahankan selepas ia dikemukakan.

Depa yang pikiaq logik vertikal ni guna maklumat utk undur ke belakang (bukan main belakang ya!) depa hanya minat utk menghuraikan benda yang dah berlaku dah...bila depa pikiaq, depa dah fokus perhatian kat apa yang depa sudah pikiaqkan pun....haiya, manyak payah loo ini olang...hidup pun susah, mati pun susah..
Geng pikiaq logik pulak tak minat utk guna maklumat utk dorong minda depa lompat ke depan macam Tun Mahathir. Berwawasan yang pragmatik dan praktikal sekarang, dan ke depan.Depa tak minat nak pikiaq bagaimana maklumat yg depa ada dapat cipta maklumat baru. Kegilaan pikiran depa ni ialah utk menilai apa yang betoi dan apa yang salah. Bila depa dah tentukan apa yang betoi, depa akan pertahankannya selagi buleh. Mana ada minat pada perubahan2 minda. Penilaian ka, kritikan ka, keputusan ka yang depa buat adalah dalam aspek yang sama. Bila depa buat keputusan, depa bandingkan dengan realiti. Realiti pulak depa define dengan pengalaman masing2. dan banding2 dgn idea yang lain.
Penilaian depa ni pulak asyik dok nilai idea2 dengan niat memastikan idea tu buleh pakai ka dak. Kritikan depa pulak, depa lihat idea yang diterima dengan niat nak cari kelemahan idea.itu saja.hahaha.

Tiga2 ni berteraskan logik TIDAK tadi.inilah seluruh konsep kenegatifan. Pemikiran depa ni menggunakan ketiga2 proses tadi utk menemui idea2 yang kononnya boleh digunakan. Tapi kaedah ni reject idea2 lain.kwang3....proses depa ni ialah proses pilih dengan rejection. Proses rejection ni akan sebabkan pemikir2 ini byk melakukan penolakan dalam tiap2 level of thinking, demi nak pilih satu idea/kefahaman/doktrin/pegangan, nak best lagi kepercayaan yang depa nak anuti dan depa buleh pakai. Lepas dah reject semua idea2, yang depa harap ialah tinggalnya SATU idea yang tak dapat ditolak sama sekali. Inilah idea yang akan diterima dan dianuti dan dikembangkan pemahaman ke seluruh alam jagat.

Inilah tarekat socrates yang dianuti oleh tuhan2,setan2, malaikat2, jin2,pemikir2, rasul2, tok2 wali tropika dan khatulistiwa, pendebat2, pemegang panji2 hitam, geng naga ,geng kapak hitam, kucing2 kurap,ksaintis2 dan para pengilusi2 perasan zaman sekarang.biasalah beb ego!

3:66. Inilah kamu, kamu berdebat mengenai pengetahuan yang ada pada kamu; mengapa pula kamu berdebat mengenai apa yang kamu tiada pengetahuan padanya? Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.

By Padaiyyappa

No comments:

Post a Comment