Friday, 17 April 2009

Pesta Sukan & Permainan (Super) 09..Hari ke-2

Jumaat.17 April (2009). 6.30 petang

Hari ke-2

Kehangatan pesta Sukan Super MRSM Mersing amat dirasai sejak semalam . Boleh dikatakan semua gelanggang permainan dibuka seawal jam 8.00 pagi lagi . Cuaca panas terik dan ditambah keadaan padang bolasepak dan gelanggang bola jaring yang amat becak akibat hujan lebat dua hari sebelumnya tidak merencat semangat semua pasukan memanaskan badan . Di Mersing ni keadaan cuaca 2 hari panas dan 2 hari hujan secara berselang sudah menjadi kebiasaan sejak 2 bulan lepas.

Mewarnai lagi kemeriahan pesta Super apabila terdapat insiden-insiden yang kurang enak didengari . Khabarnya ada pengurus pasukan yang telah menampar pemain-pemainnya yang tewas. Harapnya berita ’berangin’ ini tidak benar. Walau apapun kesemua perlawanan berjalan lancar walaupun terdapat pasukan atau pemain yang menarik diri mungkin atas alasan kekurangan pemain. Mungkin terdapat pelajar yang bermain lebih dari 2 permainan dan tak mampu meneruskan permaianan berikutnya. Berita pasukan badminton, ping-pong dan tenis maktab yang kecundang lebih awal tidak pula merentap keyakinanan pasukan bolasepak MRSM Mersing untuk mendominasi kesemua empat pertemuan dengan ledakan 16 gol. Kuasa bolasepak maktab amat digeruni mungkin atas usaha yang tak pernah jemu Ustaz Lokman Annas & rakan-rakan yang bersama-sama bermain dan melatih mereka hampir setiap petang sejak mereka di tangkatan satu lagi. Perlawanan separuh akhir esok mungkin bertemu MRSM Gemencheh iaitu halangan terakhir ke final. Walaupun begitu permainan seperti tenis, bola tampar dan takraw kita bukan tandingan bagi pasukan-pasukan gergasi seperti MRSM Tun Ghaffar Baba dan MRSM Muadzam Shah. Malam ini pula perlawanan peringkat awal untuk permainan ping-pong dan badminton akan diteruskan. Peluang kita bagi kedua-dua pemainan telah berkhir semalam. Malam tadi semua perlawanan tamat hampir jam 1.00 pagi.

Pemain tenis individu maktab yg berbakat cuma kurang pendedahan

TP Ko-Q, Mr Roslan & TP (Akademik), En Aziz....Ko-Q dan Akademik tak dapat dipisahkan..
Skil, latihan & keyakinan membuahkan aksi luarbiasa bila tiba masanya..
Dewan Selera yg indah. Langit cerah dengan cuaca yang agak panas

Senyuman sebelum tewas (he3)
Maria Sharapova maktab. Ini servis ala zapin ke??

Anti-Graviti

Aksi permulaan yang mantap pasukan bola tampar maktab
Kami dah bersedia lama dah..


Mr Shahril..merenung jauh impian yg belum tercapai..
Motorsikal adalah pengangkutan paling efektif petugas-petugas untuk menghantar keputusan terkini memandangkan padang yang amat becak dan lokasi gelanggang yang agak berjauhan
Jangan sampai berlaga sudahlah boss
Senyuman dalam terikan matahari. Semua guru dan staf amat gembira dan sangat berdedikasi melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
"Silaplah aku naik besikal ni..tak boleh nak bergerak langsung dalam lumpur"..Begitulah komen Ustaz Annas ( Tokoh Guru Popular) apabila kami berselisih dengan beliau
Mr Rosli Abu Samah ex-BM teacher MRSM Mersing (masihkah ingat korang?).Di sebelahnya Mr Sahuri, rakan lama di MRSM Terendak, Melaka.
Lelaki Melayu terakhir..Ustaz Zawawi (TP HEP)
Ms Hamidah, guru PJ MRSM Batu Pahat. Rakan lama kursus induksi. Bekas anak murid sekolah ABS Mentakab waktu arwah ayah menjawat jawatan guru besar kat sana.
Aksi cemas di depan jaring
Superwoman
NBA basketball ke ?
Ms Sunita membawa bekalan untuk petugas-petugas gelanggang bola jaring yang berada paling jauh dari urusetia

Mama memasukkan bekalan makanan & minuman untuk diagih-agihkan oleh Mr Shahril
Mr Amin & Ms Leha sempat bergambar ketika mengangkut keperluan & peralatan dengan van maktab
Aksi klasik bolasepak

Satu lagi jaringan melalui tendangan penalti untuk pasukan maktab
Petugas-petugas statistik memastikan keputusan perlawanan diproses segera untuk diedarkan kepada pengurus pasukan. Keputusan diterima dari jam 9.30 pagi hingga jam 1.00 pagi.
Ms Liz bila-bila masa sahaja akan melahirkan baby yang ke-3. Semoga bersalin dengan mudah dan ibu serta anak dalam keadaan sihat.

Hari esok kebanyakan perlawan memasuki peringkat separuh akhir. Pasukan bola sepak dan bola jaring maktab mampu mengahadiahkan pingat emas kepada MRSM Mersing.Menjelang jam 10.00 malam esok dijangka keputusan keseluruhan acara siap diproses. Malam esok juga diadakan 'high dinner' untuk semua petugas,pegawai pasukan, sukarelawan dan peserta.

1 comment:

  1. wow!!
    sungguh meriah SUPER kali ini..
    walaupun sy x pernah join dulu, hehe~
    sports facilities nampaknye mcm dah semakin maju!...tahniah!

    ReplyDelete