Monday, 2 March 2009

Punca Kepatahan Tulang..

By Dr. Arriffaizal

Sebenarnya tulang ialah struktur yang paling kuat dan teguh dalam tubuh badan. Ia lebih keras daripada besi dan lebih kukuh daripada batu. Tulang terdiri daripada ikatan-ikatan mineral seperti kalsium, fosforus, taurina dan sebagainya. Kekuatan ikatan molekul mineral ini menentukan kekuatan tulang.

Kekuatan ikatan molekul tulang dipengaruhi oleh isyarat bertekanan rendah yang melaluinya atau isyarat bertekanan tinggi hilang daripadanya.

Gambar rajah di atas menunjukkan struktur tulang dalam ikatan molekul yang kuat (gambar rajah kiri) dan ikatan molekul yang lemah (gambar rajah kanan). Sehingga kini tidak ada ubat-ubatan di hospital yang boleh menguatkan ikatan molekul tulang bagi tujuan mencantumkan tulang patah atau retak.


Tulang berfungsi untuk mengalirkan isyarat daripada organ yang mengalami kesakitan atau kelemahan untuk dineutralkan oleh tulang sulbi (sila rujuk post pertajuk Elektromagnetik Tulang Belakang). Apabila isyarat bertekanan rendah ini diserap terlalu banyak, maka tulang tidak dapat meneutralkannya dan ia akan terpendam di dalam tulang. Keupayaan tulang sulbi untuk meneutralkan kesakitan disebabkan oleh faktor rembesan Hormon Melatonin oleh Kelenjar Pineal (NW1). Semakin normal penghasilan Melatonin, maka semakin cekap kadar peneutralan kesakitan.

Isyarat bertekanan rendah bukan sahaja datang daripada kesakitan (iaitu rasa sakit yang dapat dirasai), tetapi ia juga datang daripada keadaan organ yang lemah (kesakitannya tidak dirasai) yang cuba untuk nyah positif caj atau membuang tenaga yang lemah atau tidak diperlukan. Ataupun kegagalan sesuatau organ, walaupun tidak berlaku rasa sakit, tetapi caj positif banyak akan dialirkan ke tulang.

Petua Mengelak Kecederaan Tulang

Selain disebabkan oleh pengaliran isyarat bertekanan rendah di tulang yang berlebihan, faktor pengaliran isyarat bertekanan tinggi keluar juga adalah punca kepada masalah tulang menjadi rapuh dan mudah patah apabila tercera atau kemalangan. Punca kepada pengaliran isyarat bertekanan tinggi keluar dari tulang adalah disebabkan oleh faktor berikut

Banyak bercakap

Bercakap memerlukan banyak tenaga. Apabila kita bercakap sesuatu yang mendatangkan manfaat, ia akan dineutralkan. Tetapi apabila bercakap sesuatau yang sia-sia atau lagho, ia akan menghilangkan banyak tenaga terutama di tenaga bertekanan tinggi di bahagian tulang.

Mereka yang terlalu banyak bercakap tidak henti-henti mudah mendapat kecederaan tulang seperti terseliuh atau kepatahan akibat kemalangan. Kadang kala akibat terjatuh sedikit pun boleh menyebabkan tulang patah atau retak.

Tumbuhan Beradiasi

Tumbuhan beradiasi ialah tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri akarnya terkeluar ke permukaan tanah seperti orkid, tanduk rusa (juga dipanggil pokok sakat atau langsiur) atau tumbuhan yang digantung atau tumbuhan seperti gambar-gambar yang ditunjukkan di bawah


Pelbagai pokok orkid berasal dari hutan dan hanya sesuai tumbuh dalam ekosistem di hutan. Walaupun berbunga tetapi mudarat daripada akar yang terdedah lebih bahaya dan menjejaskan tulang.


Pokok paku ialah pokok parasid yang tidak berbunga. Semua tumbuhan parasid adalah penyerap tenaga. Tumbuhan tidak berbunga tidak memancarkan tenaga. Akarnya terdedah mengakibatkan punca radiasi yang menjejaskan tulang.



Pelbagai tumbuhan tergantung dan tumbuhan hutan yang tidak bermanfaat ini kelihatan cantik, tetapi radiasi yang dipancarkan amat memudaratkan tulang. Sesiapa yang dirumahnya terdapat hiasan seperti ini, berhati-hati terhadap risiko kecereraan tulang atau penyakit berkaitan tulang seperti sendi, sakit lutut, osteoporosis (kereputan tulang), sakit belakang dan sebagainya.

Terdedah di luar rumah ketika senja

Dalam sehari 24 jam semua jenis pancaran cahaya dan warna di atmosfera lengkap 7 warna dan juga sinar termasuk infra red yang panas dan beradiasi. Tulang mempunyai tenaga yang menyamai spektrum warna merah dan menghampiri radiasi infra red. Oleh itu sebarang pendedahan terhadap sumber infra red panas secara berlebihan akan menyebabkan tulang menjadi lemah ikatan molekulnya.


Terdapat dua jenis infra red, iaitu infra red sejuk dan infra red panas. Infra red sejuk akan terpancar secara semula jadi apabila terbit matahari (waktu syuruk). Momentum infra red tersebut akan berlanjutan hingga kira-kira 30 minit (contohnya dari 7.00 pagi hingga 7.30 pagi). Infra red panas pula akan terpancar ketika matahari terbenam. Kira-kira 30 minit sebelum matahari terbenam ialah tempoh infra red terpancar (contohnya dari 7.00 petang hingga 7.30 petang).

Berada di luar rumah pada waktu infra red panas (iaitu waktu senja) ialah amalan yang tidak baik kerana akan menjejaskan tulang. Tetapi terdedah kepada infra red sejuk amatlah baik. Sebagai amalan, elekkan diri serta laranglah anak anda bermain-main di luar rumah ketika waktu senja. Pada waktu pagi, bukalah semua tingkap dan pintu rumah supaya dimasuki cahaya matahari. Waktu pagi ialah waktu yang paling sesuai untuk keluar rumah bagi memulakan kerja (atau menuntuk ilmu atau musafir) atau mencari nafkah.

Apabila berlaku kecederaan terhadap tulang seperti terseliuh (ligamen atau tendon), retak atau patah, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah senyap atau berhenti bercakap. Atau perhatikan faktor lain sama ada tumbuhan beradiasi perlu dialihkan atau elakkan terdedah di luar ketika maghrib. Jika ini dapat diatasi, sebenarnya pesakit ini telah berada dalam keadaan pemulihan.

No comments:

Post a Comment