Saturday, 7 March 2009

Demo anti-PPSMI di KL

Tarikh : Sabtu 7.3.2009
Tujuan : Menyampaikan memo bantahan ke Istana Negara
Ringkasan : Pihak polis tidak memberi permit untuk bergerak dari pusat2 perhimpunahn seperti Masjid Negara ke Istana Negara

Peserta : Semua warga termasuk kanak-kanak kecil,
Tokoh-tokoh: pemimpin NGO, parti politik, cendiakawan bahasa spt Sasterawan Negara, A. Samad said, bekas Pengarah DBP dan lain-lain
Jumlah kehadiran : Dikatakan melebihi 100,000 umat
Ulasan Menteri Pelajaran : Ada muslihat politik
Ulasan PM : Kementerian Pelajaran diminta buat keputusan segera
Ulasan pemimpin NGO: PM diminta harapkan segera PPSMI dengan kuasa yg beliau ada sblum bersara hujung bulan ini
Ulasan Guru Hujung Dunia: Guru-guru sepatutnya menerima apa shj dasar pemerintah tentang pelajaran kerana kita adalah golongan pelaksana. Hatta semasa Pemerintahan Jepun, guru-guru dapat mengajar bahasa dan budaya Jepun dengan baik.












5 comments:

  1. hmm...secara peribadi~
    tindakan mereka2 ini adalah sgt tidak berpendidikan...
    semestinye ada cara laen selain tindakan spt ini..dan kelebihan lebih byk berbanding keburukan dlm isu PPSMI ini...jd, rakan2 dan warga maktab yg bijak bestari~
    fikir2 kan lah

    ReplyDelete
  2. Sangat tidak berpendidikan?Maknanya di sini anda mengatakan bahawa tokoh sasterawan seperti A. Samad Said tidak berpendidikan?Siapa anda untuk mengatakan begitu?Anda rela Bahasa Melayu disembelih?Dan bahasa lain menjadi bahasa bangsa kita?Di mana identiti kita sebagai bangsa melayu?Bangsa Jepun,Jerman,Perancis contohnya, menjadi negara yang maju dengan menggunakan bahasa mereka.Kenapa tidak kita?Adakah Bahasa Melayu kita ni tiada nilai?Jangan cakap tanpa mengetahui sejarah.Cuba lakukan kajian terhadap golongan muda,berapa ramai boleh menulis,membaca dengan baik dalam Bahasa jawi?Jika ada,tentu sedikit sahaja bilangannya.Sebabnya? Penghapusan Bahasa Jawi yang telah dilakukan dulu.Fikirlah.Kita nak melihat bangsa kita begini di masa hadapan?Tidak pandai dalam Bahasa kita?Tindakan seperti ini diambil kerana kerajaan ego,dan tidak mengambil kira suara rakyat!Di mana sistem demokrasi???Kita ni dikategorikan golongan elit,berpendidikan,kita sepatutnya pandai berfikir dengan rasional.Ingat,bahasa jiwa bangsa.

    ReplyDelete
  3. oh sebelum terlupa,ketahui kisah sebenar negara di harakahdaily.net.

    ReplyDelete
  4. kpd proceez;
    sy disini bukan utk mengutuk A. Samad Said sbg pejuang bahasa melayu..bahkan saya rasa kagum dgn beliau...bayangkan, beliau yg kini bergelar DATO' masih berdiri bersama2 yg laen dlm LRT sambil mengangkat tinggi naskah bahasa melayu ketika membacanya...bukan riak,tp cuma ingin berbicara~
    mksd sy adalah; demonstrasi yg diadakan bg sy adalah satu tindakan yg tidak wajar dilakukan dalam negara Malaysia yg damai ini...sy faham jika mereka ingin menyuarakan pendapat, tp bukan dgn cara sedemikian...
    sebagai seorang pelajar, mereka harus berusaha utk belajar sesuatu bahasa walhal x paham sepatah haram~jika seseorang itu MALAS @ erti kata baik kurang rajen, maka~guna apa bahasa pun tetap x faham bahasa...
    justeru, sy cuma ingin menyatakan pandangan sbg selaku bekas pelajar yg menggunakan bahsa inggeris sbg bahasa pengantar dlm subjek maths dan sains...bukan merugikan,walhal menguntungkan utk masa hadapan sy dan juga sekarang...
    sekian~

    ReplyDelete
  5. haha..media lain semuanya dah tak boleh dipercayai..jujur cakap,lecturer di tempat pengajian kami ni pun,rata-rata adalah golongan pembangkang..sebab mereka dah tak tahan dengan penipuan oleh media massa..

    ReplyDelete