Tuesday, 6 January 2009

Serangan Gaza dan Mama Mia


Serangan regim Zionis Israel ke atas wilayah Palestine Gaza adalah suatu berita yang memenuhi media pada ketika ini. Amat sedih melihat penderitaan rakyat Palestin yang terus berdepan dengan serangan ganas sejak hampir sebulan. Para ustaz yang menyampaikan kuliah di surau dan masjid mungkin ada mengingatkan kita supaya berbuat apa yang kita mampu waima berdoa dan bersolat hajat sebagai sokongan kepada Palestin.
Pada hari Jumaat lepas sebaik solat Jumaat satu demonstrasi kecil telah di adakan di luar Masjid utm membantah serangan ganas Israel. Kalau lihat foto di bawah mungkin tidak ramai mana yang menyertai demo tersebut. Sebenarnya pihak masjid telah membuat pengumuman bahawa 'tiada' sebarang demonstrasi akan diadakan (atau boleh di fahami sebagai demonstrasi tidak dibenarkan). Pengumuman tersebut pastinya dengan arahan pihak pengurusan. Makanya ramai yang menjauhi tempat tersebut kerana 'berisiko'. Begitulah suasana negara kita di mana-mana pun. Untuk menyatakan sokongan dalam isu besar seperti Gaza itu pun tidak dibenarkan ! Apatah lagi isu-isu dalam negara kita sendiri.


Demo Gaza di Masjid utm


Namun ada satu berita disiarkan dalam akhbar The Star yang menarik untuk kita renungi. Beritanya adalah mengenai pemimpin besar kita yang sempat menghadiri konsert Mama Mia di ibu negara. Beliau masih berkesempatan datang ke konsert tersebut walau pun suasana di Gaza masih jelas dalam ingatan semua. Lebih molek rasanya kalau di batalkan saja program seperti itu atau di wakil kepada orang lain untuk hadir ke situ. Begitulah Hadharinya kita agaknya...

Perhatikan siapa yang berhibur dengan Mama Mia!


Baca akhbar The Star Ahad 4 Jan. Akhbar berbahasa Melayu tidak pulak menyiarkan berita berkenaan.

1 comment:

  1. Patutlah kena jajah 500 tahun..Aiman tak kisah.Kita dah tak ada identiti.Tak ada perasaan belas kasih antara sesama insan mahupun muslim.Nafsu-nafsi.Rakyat pun ikut jejak pemimipin sebagai role-model.

    ReplyDelete