Wednesday, 26 November 2008

Berita UPSR Mersing


Keputusan UPSR diumumkan sudah lama sebelum cuti sekolah yang lalu. Namun masih ada baki-baki ceritanya di akhbar. Saya kutip salah satu berita tersebut mengenai pencapaian sekolah di Mersing. Pencapaian 5A paling banyak ialah dari SK Sri Mersing seramai 16 calun. Seterusnya diikuti oleh SK Bandar Mersing (9 calun), SK Bandar Endau (6 calun), SK Sri Pantai (6 calun), SK Teluk Lipat (3 calun) dan SK Triang Endau (2 calun). Cuma itu saja yang disebutkan dalam berita tersebut.


Keseluruhannya terdapat 88 calun dari Daerah Mersing yang memperolehi 5A. Statistik itu meliputi sekolah Cina dan juga India (ada ke sekolah India ni?). Kemungkinan besarnya ramai dari mereka ini yang akan memasuki MRSM dan SMSSI kat Mersing tu.


Sebagai bandingan di JB pencapaian di SK Bandar Uda 2 sahaja ada 85 calun yang mendapat 5A. Itu sahaja dah menyamai bilangan seluruh Mersing. Selain itu SK Convent JB juga hampir sama ramai berjaya dapat 5A. Kedua-dua sekolah ini memang bersaing hebat tetapi Convent punya kelebihan kerana ia dah jadi sekolah kluster.


Sebuah blok baru sedang dibina di SK Bandar Uda 2

2 comments:

  1. Guru Hujung Dunia27 November 2008 at 08:04

    ..Merayau-rayau tadi maksud saya pada waktu malam persekolahan. Tuan datanglah ke sini pada waktu malam untuk melihat statistik ramainya bapa berlepak di gerai, restoren, pondok bas dan bilangan pelajar di luar rumah malah ibu-ibu pun suka berkumpul bersembang di luar rumah kecuali hari hujan !!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, keberadaan MRSM, sekolah lain, termasuk institut latihan di Mersing memberikan pencahayaan baru kepada anak-anak muda. Dedahkan mereka dengan keluasan benua, rapatkan mereka dari jurang pautan manusia. Maka target GHD dalam 10 tahun itu insyaAllah beroleh singkat dari yang disangka.

    Semoga, MRSM lebih memperkasakan aktiviti sosial bersama sekolah lain dan mengeratkan silaturrahim. Terutamanya kepada sekolah rendah. Bermula rebung untuk dilentur, kan?

    ReplyDelete