Wednesday, 9 July 2008

Perang Siber..

Selepas keputusan PRU 13 yang mengejutkan itu PM DS Abdullah Badawi mengakui bahawa bloggers telah bertanggungjawab terhadap kekalahan 5 negeri kepada pembangkang.

Secara tak langsung peranan siber tidak lagi dipandang rendah dan pihak parti pemerintah telah mengambil langkah bijak mewujudkan blog-blog yang pro mereka dan juga 'ejen-ejen' yang meyusup masuk dalam forum-forum politik untuk 'counter attack'.

Tujuan saya di sini bukan untuk berpolitik malah jauh untuk menyebelahi mana-mana pihak.

Cuma saya nak menunjukkan kepada anda satu cara iaitu menggunakan 'alexa.com' untuk mengetahui dan menganalisis populariti websites yang terlibat dalam peperangan tersebut. Secara tak lansung mengetahui keberkesanan pihak-pihak yg berperang.

Di bawah adalah contoh analisis yang dikeluarkan oleh alexa.com bila saya membandingkan antara mereka.

Utusan.com.my-pro BN
Harakahdaily-pro Pas
Tranungkite.net-Forum politik pro PR
Chedet.com- Pro-Mahathir (Ex-UMNO)

'Sila klik pada gambar untuk besarkan'

No comments:

Post a Comment