Tuesday, 29 July 2008

Ceramah di IPTA

Salah satu perkara menarik di ipta ialah adanya peluang untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman melalui seminar dan ceramah yang disampaikan oleh tokoh-tokoh dari golongan cendekiawan. Baru-baru ini Profesor Salleh Buang telah menyampaikan satu ceramah di Fak Kej & Sains Geoinformasi (FKSG), UTM Skudai menyentuh mengenai kes Pulau Batu Putih.


Ceramah oleh Prof Salleh Buang

Profesor Salleh Buang merupakan seorang tokoh perundangan yang terkenal di tanah air. Beliau sering menulis artikel mengenai ehwal perundangan dan artikel beliau tersiar dalam akhbar NST. Prof Salleh juga merupakan seorang Profesor Pelawat di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi menyumbang kepakaran beliau khususnya dalam bidang undang-undang tanah.


Tajuk ceramah - Lessons of Pulau Batu Putih



Ceramah yang beliau sampaikan selama satu jam bertajuk ‘ Lessons of Batu Putih – why we lost at the ICJ”. Salah satu sebab yang beliau sebutkan ialah kelemahan pasukan negara kita yang ditampilkan di ICJ berbanding pasukan Singapura. Pihak Singapura telah menghantar perwakilan yang boleh diiktiraf sebagai ‘pro’ sedangkan negara kita diwakili oleh pasukan yang dikategori sebagai ‘novice’. Makanya tentu sekali penghujahan pihak lawan sukar ditandingi. Sebab-sebab lain yang beliau kemukakan antaranya ialah kelemahan sistem arkib menyimpan dokumen penting, gagal mengemukakan dokumen bertulis sebagai bukti sah (eg. kehilangan surat penting bertarikh 1884), sejumlah enam buah peta Malaysia diterbitkan oleh pihak berkuasa kita sendiri (sebelum tahun 1980) yang mengakui PBP sebagai di bawah milikan S’pura.

1 comment:

  1. Lecturer online2 August 2008 at 07:41

    Orang-orang kita suka minum atau makan hidangan yang banyak meletak perisa/perasa/aroma tiruan dan tak kurang gemar menyediakan bahan-bahan asli kerana sering menganggap 'deal' dengan benda-benda ni 'leceh' dan 'complicated'

    Manakala orang lain akan 'extract' dari bahan-bahan 'asli' tadi menjadi bahan aktif yang lebih berkualiti dan kuat kuasanya..

    Ini adalah perumpamaan tentang insan yang sangat bijak dan benar-benar 'wise man'yang berada di tahap 'witch' dipinggir dan dinafikan 'hak untuk bersuara'dan meng'implement' kebolehannya.

    Golongan 'bijak pandai'yang ibarat perisa tiruan (atau tin kosong)ini akhirnya memusnahkan semua asas negara yang mengancam generasi akan datang

    ReplyDelete