Sunday 27 July 2008

Nazrin (Moscow) & Nurfalisa (UM) melawat MRSM Mersing



Inilah Muhammad Nazrin b. Muhammad Nordin, ex-student 1st batch 3 Acturus.Keputusan PMR yang cemerlang beliau telah berpindah ke MRSM Taiping. Beliau telah memperolehi 10 A dalam SPM dan telah ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Russia. Beliau sekarang berada di Moscow Medical Academy yang sangat terkenal itu. Sebahagian bangunan universiti ini berada dalam kawasan Red Square yang sangat bersejarah dan menakjubkan itu. Beliau sebenarnya berada di Tioman bersama keluarga. Beliau bersusah-payah untuk singgah sebentar di MRSM Mersing untuk bertemu guru-guru lama terutamanya guru penasihat homeroom Pn Siti Juhaida.
Saudara Nazrin sekarang seorang pelajar perubatan yang rajin dan kelihatan amat berbudi bahasa dan berperwatakan menarik serta matang. Beliau mengharapkan guru-guru mendoakan kejayaan beliau di sana.

Blog MRSM Mersing telah menjemput Saudara Nazrin untuk menjadi penulis jemputan. Banyak info tentang negara yang hebat itu yang kita minta Saudara Nazrin berkongsi bersama. Bidang perubatan dan sistem pendidikan di Russia yang melahirkan ramai tokoh sastera, sosial dan sains juga ingin kita semua ketahui. Beliau amat berbesar hati atas jemputan tersebut. Kami menunggu-menunggu posting dari Saudara Nazrin.

Seorang lagi ex-student yang datang ke MRSM Mersing hari ini ialah Nor Farlysa bt Zinodin. Beliau sekarang di Rancangan Persediaan Khas Jepun, Universiti Malaya. Daripada perbualan dengan Cikgu Puteri Nurul Dalia banyak perkara yang beliau telah pelajari mengenai Jepun iaitu dari segi bahasa dan negara tersebut. Tak lama lagi beliau akan melanjutkan pelajaran ke sana.Foto beliau tak sempat diambil dan Saudari Farlysa juga bersetuju untuk menjadi blogger dan kita juga menantikan posting pertama dari beliau

1 comment:

  1. saya ni bukan la ex student of mrsm mersing.
    tp cerita2 kejayaan bgsa sendiri yg berjaya ke luar negara sedikit sebanyak dpt la memberi galakan kepada diri ini. tmbhn,sy sndr msh lg bljr di slh sebuah uni di msia.
    hope dpt la anda menambah lg cerita2 mengenai pelajar2 mrsm mersing yg telah melanjutkan pelajaran di luar negara.
    terutama sekali mereka dari batch 05/06.
    sekian terima kasih.

    ReplyDelete