Tuesday 29 July 2008

Forum MRSM Mersing (online)...semua warga dijemput menyertainya..

Apakah alamat URL Forum ini ?
J : Layari http://mrsmmersing.forumer.com

Apa yang ada di sana?

J : Ruangan-ruangan khas untuk isu-isu semasa, perbincangan, perkongsian maklumat, pengumuman, pertanyaan dan pelbagai tajuk lain yang mampu menyumbangkan pelbagai manafaat kepada kita bersama.

Bagaimana nak berforum?

J : Pilih tajuk-tajuk utama yang menarik. Anda klik pada tajuk-tajuk kecil untuk membaca, menjawab, memberi komen atau info

Boleh tak saya membuka tajuk baru ?
J : Ya. Anda memang digalakkan membuka bermacam-macam tajuk dan ianya tanpa had. Hanya klik pada ‘New Topic’. Isikan tajuk dan taipkan apa yang anda ingin sampaikan.

Siapa yang layak menyertainya
?
J :Sesiapa sahaja asalkan anda adalah warga MRSM Mersing sama ada guru, kakitangan atau pelajar. Forum ini juga mengalu-alukan bekas guru/staf , bekas pelajar dan juga para ibubapa

Bagaimana nak sertai ?

J : Layari http://mrsmmersing.forumer.com. Setelah itu anda klik ‘register’. Isikan maklumat yang diperlukan. Kemudian semak petisurat (inbox) e-mail anda dan klik pada pautan/link yang tertera untuk pengesahan. Masukkan ‘password’ untuk log in (daftar masuk). Sekarang anda telah menjadi ahli (member) forum ini. Ingat username dan password setiap kali log in (daftar masuk)
Anda kemudiannya bolehlah :
i. Membaca isi tajuk-tajuk yang di’posting’ oleh ahli-ahli yang lain
ii. Menjawab atau membalas ‘posting’ yang anda baca dengan cara klik ‘quote’ atau ‘Reply’
iii. Anda juga boleh membuka tajuk-tajuk baru mengikut kategori sebanyak mana yang anda inginkan dengan klik ‘New Topic’.

Adakah forum ini percuma ?
J : Ya. ianya 100% percuma dan boleh dibuka bila-bila dan di mana saja anda berada

Adakah forum ini terkawal isi kandungannya ?
J : Ya. Sebarang tajuk yang menyalahi undang-undang serta mengugat sensitiviti agama, organisasi, kumpulan mahupun individu akan diambil tindakan termasuk dipindah keluar atau di ‘blocked’.

LUANGKAN MASA UNTUK MENJENGUK FORUM INI…
MANAFAATKAN PELUANG INI SEBAIK-BAIKNYA.
SELAMAT BERFORUM !!

No comments:

Post a Comment