Monday 21 July 2008

Bermalam di Mersing



Mercu tanda Kali's Guest House


Sesekali berkunjung ke Mersing waktu melawat anak timbul keinginan untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan balik ke JB. Walau pun perjalanan ke Mersing cuma dalam dua jam namun memandu kereta ke sana agak memenatkan. Keadaan jalan yang berselekoh, jalannya cuma dua lorong (dua-hala), sukar untuk memotong kenderaan bergerak perlahan seperti lori menimbulkan rasa stress. Itu antara sebab mengapa memilih untuk bermalam di Mersing.

Ruang reception


Banyak tempat penginapan terdapat di Mersing seperti Seri Malaysia, Timotel dan lain-lain hotel yang tak ingat namanya. Selain hotel yang telah lama ada juga hotel-hotel baru seperti D’View (berhampiran Pasaraya Kini) dan Sweet Hotel. Peliknya waktu ke sana pada bulan Jun lalu semua hotel dah penuh ditempah (kerana ada pesta sukan Pejabat Tanah). Mujurlah dapat juga bermalam di satu tempat yang agak asing – Kali’s Guest House; walau pun terletak lebih kurang 3km dari Bandar Mersing. Masyarakat tempatan Mersing mungkin tak ambil kisah pun wujudnya tempat penginapan ini memandangkan lokalitinya yang agak tersorok.


Bilik famili


Bayaran yang dikenakan untuk sebuah bilik keluarga agak murah Rm80 dan boleh minta diskaun lagi (Rm70). Suatu yang menarik di situ ialah reka bentuknya yang agak unik dan kelihatan klasik. Namun tempat itu banyak nyamuk kerana persekitaran yang dipenuhi rimbun. Kalau nak bermalam sediakan pembakar nyamuk.


Kafe Kali's (tidak membuka perniagaan waktu menginap di situ)


Sebuah waqaf di Kali's




Pintu masuk ke Kali's



Sempat juga berendam kat laut



1 comment:

  1. Salam..

    Menarik dan begitu santai sekali posting pertama Dr Zainal (qilla) tentang Kali's Guest House..Saya memang teringin benar untuk melihat suasana chalet yang ditutupi oleh rimbunan pokok yang sengaja ditanam ini.Cafe yang dibuka tahun lepas itu memang 'happening' apabila menjadi tempat penginap bersantai pada waktu malam. Cuma sekarang jarang dibuka mungkin kerana kurangnya pengunjung tempatan. Di hujung jalan menuju simpang ke jalan besar Mersing-Endau itu terdapat sebuah gerai Tomyam yang agak popular dan dibuka bermula jam 5 ptg hingga lewat malam.
    Kami menunggu posting Dr seterusnya..Terima kasih

    ReplyDelete