Sunday 20 July 2008

Paan melawat MRSM Mersing..

Paan atau Mohd Farhaan Afeef telah meluangkan masa dan bersusah payah datang ke sini untuk berjumpa dengan guru-guru dan suasana maktab yang amat disayangi dan dirindui. Kelihatan lebih matang Paan merupakan antara pelajar terbaik pernah dihasilkan oleh MRSM Mersing.
Beliau kini belajar di Perth, Australia iaitu dalam bidang geologi di Universiti of Western Australia, Perth iaitu antara yang paling terkemuka di negara kangaroo tersebut (ranking 64 terbaik dunia..rujuk posting sebelum ini).
Blog MRSM Mersing telah menjemput beliau sebagai blogger dan kami amat mengharapkan perkongsian pengalaman (dan juga foto-foto menarik di sana!!) dan juga panduan serta nasihat untuk adik-adik yang masih belajar di sini.
Semoga kejayaan demi kejayaan diperolehi oleh Paan di sana untuk terus mengharumkan nama MRSM Mersing di persada internasional.

Kami menunggu 'posting' dari anda !!!

No comments:

Post a Comment