Tuesday 24 August 2010

Takziah buat Kak Kamariah atas pemergian anak ke Rahmatullah

Sabtu malam Ahad sedang kami homeroom 2 Gemilang berbuka puasa di Timotel,  Mr Farid , pemandu MRSM datang menjemput bebudak tu pulang ke maktab sambil membuka cerita yang dia baru sahaja mengangkat seorang pemuda yang kemalangan ketika menunggang motor di simpang Mersing Kecil menuju ke SK Sri Mersing. Belaiu berkata pemuda yang malang tu mungkin  cedera parah di tengkuknya.

Pagi ni ketika menyiapkan powerpoint untuk pengajaran Form 4, seorang adik cleaner seperti biasa datang bertugas di jabatan sains. Cuma terasa hairan kerana Kak Kamariah tiada bersama. Kakak ni seorang peramah dan penyanyang terhadap 6 orang anak-anaknya. Adik tu pun menceritakan tentang kemalangan tersebut yang menyebabkan kematian anak remaja beliau. Rasa terkejut dan sedih juga mendengarnya. Begitu berat ujian yang beliau hadapi dapat dirasai apatahlagi saya pernah menyaksikan kemalangan anak  sendiri betul2 di hadapan mata. Rasa panik, sedih dan bermacam2 lagi bercampur dengan darah yang mengalir di seluruh mulut hidung bersama kepatahan tulang-tulang. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah JB dan Alhamdulillah beliau hidup sehinggalah ke hari ini.Ujian kehilangan anak bukannya suatu yang kecil..hanya mereka yang pernah menghadapi situasi ini dapat memahami.

Buat Kak Kamariah, saya fahami kesedihan akak. Moga dapat bersabar atas ujian ini dan Al-Faatihah buat arwah moga roh beliau dicucuri rahmat

No comments:

Post a Comment