Saturday 10 July 2010

Cafe Buluh Wangi, Mersing yang menyegarkan..

Petang Sabtu sementara menunggu anak-anak berlatih taekwondo sempat singgah di cafe ini. Lokasi yang menarik berhadapan pemandangan indah kuala Mersing

Hujan turun dengan lebat apabila tiba di hadapan premis ini.
Ruang makan yang luas dan selesa. Pengunjung boleh memilih mana2 meja yang disusun dengan menarik
Pohon-pohon buluh cina menghiasi keseluruhan restoren ini.

Bersebelahan restoren ini adalah hotel bajet baru yang popular D'View Hotel. Kawasan parkir juga luas.Kebetulan satu kumpulan pelancong baru tiba dan kelihatan tidak sabar-sabar untuk 'check in'.

Susun atur juadah agak menarik dan terdapat pelbagai pilihan makanan. Rasanya agak enak dan harga sangat berpatutan
Restoren ini pada pandangan GHD adalah yang paling bersih dan kemas di Mersing. Layanan juga memuaskan.
Menikmati cucur udang yang enak sambil memerhatikan pertandingan kayak yang julung diadakan di kuala Mersing

Pelancong ke Mersing disarankan singgah melepaskan lelah setelah memandu jauh di sini. Menginap di hotel bersebelahan adalah idea yang boleh dicuba. Lokasi restoren ini juga strategik kerana di hujung bangunan ini terletaknya Pasaraya Kini dan berdekatan dengan Kompleks Bas & teksi Mersing yang baru. Selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment