Wednesday 23 July 2008

Mi bandung Kg Makam dah ditutup..

Itulah berita buruk kepada para peminat dan pengunjung tetap Mi Bandung Muar di gerai Kg Makam yang menjadi salah satu 'ikon' Mersing. Aroma dan keenakan rasa Mi Bandung Muar resipi asli di gerai kecil yang diusahakan En Khamis JKR bakal menjadi nostalgia tak lama lagi.

Berita kurang menyenangkan ini telah dijangka apabila saya bertemu dengan tauke gerai ni tak lama dulu. Masa tu dia baru sahaja bercadang membuka semula perniagaan mi beliau setelah isterinya jatuh sakit tiba-tiba kerana diserang penyakit tekanan darah rendah.

Cuma lima hari lepas En Khamis telah mencuit bahu ketika saya beratur di ATM Maybank (biasanya saya mencuit dia). Dengan tersengih-sengih beliau berkata : "Cikgu saya tak berniaga dah"."Kiranya dah berhenti terus.."sambung beliau. Belum sempat saya memberi reaksi beliau menyambung, " bulan 10 ni saya pencen cikgu". walaupun begitu, resipi mi bandung beliau telah diubahsuai dalam bentuk perencah segera yang sekarang diusahakan oleh anaknya. Perencah segera mi Bandung ini boleh didapati dalam paket-paket pada kadar berat yang berbeza. Produk ini boleh didapati di rumahnya berhadapan dengan 'arwah' gerainya. Namun legasi mi Bandungnya tetap terpelihara melalui kalimat terakhir beliau " Tapi tak sama dengan yang original"...Begituhebat seorang ayah yang sentiasa tenang dan sangat mementingkan pendidikan agama melebihi segala-galanya.

Inilah rakaman klip video yang pernah dibuat digerai beliau..

No comments:

Post a Comment