Thursday 24 July 2008

Catatan Mesyuarat Agong Kagum 2008..

Tarikh : 24 Julai,2008
Masa : 3.30 ptg
Venue : DK Siti Hawa

Agenda :

Agenda 1. Ucapan Presiden Kagum Sesi 2007/2008

Isi ucapan :

-Perjalanan Kagum bergantung kepada 3 faktor iaitu 1. Modal 2. Idea 3. Masa
-Dana amat kecil berbanding ahli
-Tiada pendapatan tetap dan bergantung kepada Yuran Bulanan
-Tidak dibenarkan menerima tajaan
-Akibatnya projek ekonomi terbantut
-Projek ekonomi Kagum ke arah membina dana yang besar
-Faedahnya dana besar termasuk bantuan kewangan dan pemansuhan yuran bulanan
-Punca Hari Keluarga 2007 tak dapat diadakan
-Isu yuran keahlian tak dikutip dan kenapa?
-Aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan
-Kenapa Kagum memerlukan bantuan dan kerjasama dari pihak Pentadbiran
-Rasional cadangan pembubaran
-Ucapan terima kasih kepada ahli-ahli, pembayaran yuran setia dan AJK kagum
-Pembubaran
(Teks penuh ucapan di http://mrsmmersing-preskagum.blogspot.com/ )

Agenda 2 : Pembentangan Laporan kewangan

-Disampaikan oleh Bendahari Kagum iaitu Cik Nurulhuda

-Ringkasan pendapatan dan perbelanjaan diedarkan dan dijelaskan mengikut bulan
-Isu laporan perbelanjaan pertandingan bowling yang tak seimbang oleh Pen. Peng. HEP
-Cadangan pembaikan format laporan oleh Pen. Peng HEP
-Isu yuran Pradikma dijelaskan oleh Pen Peng HEP dan dijelaskan oleh S/usaha Pn. Sunita

Agenda 3 : Penyampaian hadiah cahaya mata baru, perkahwinan dan elaun Suzon

Agenda 4 : Perlantikan exco baru sesi 2008/2009

Pengerusi : Pn Mariani
Pencatat undi : En Sahril
Pencatat : En Abd Rahman

-Berjalan lancar
-semua jawatan yang ditandingkan boleh dicalonkan sama ada guru atau kakitangan
-Presiden dipilih tanpa dicabar

Senarai Exco baru KAGUM 2008/2009

Presiden : Sir Saiful Hairin
Naib Pres I : En Sulaiman
Naib Pres II : En Amiruddin
Setiausaha I : Pn Mariani
Setiausaha II : Pn Norsaliza
Bendahari : En (Papa)Azmin

-Perlantikan AJK lain akan dibuat oleh Mesyuarat Exco Kagum.

Agenda 5 : Ucapan Presiden baru sesi 2008/2009

Isi :

-Beliau telah mendapat bayangan tentang perlantikan ini dan menerima tanggungjawab ini
-Menyeru ahli bersama-sama membantu Kagum untuk meneruskan aktiviti-aktiviti Kagum

Ahli-ahli wanita tiba paling awal
Ahli-ahli lelaki yang mula memenuhi dewan

Timbalan Pengetua HEA, En Abd Aziz dan HEP, Ust Zawawi juga antara yang hadir

Sumbangan perbelanjaan harian untuk kontinjen Suzon MRSM Mersing


KGA En Afizan

En Ramadhan yang rajin

KJ Math En Akramin

Ketua penaja peralihan kuasa, Papa Azmin

Sir Hj Ali begitu mesra dengan Pen Pengetua HEA, En Abd Aziz

Akhirnya Naib Presiden I, En Sheik Amir Kushairi mendapat bahagiannya juga
Pengerusi perlantikan exco baru, Pn Mariani

Ust Zawawi , ahli yang aktif dan prihatin..

Menyokong dengan mengangkat tangan

Mereka menyokong calon yang difikirkan layak..Rin angkat dua belah tangan..tak aci
Ucapan Presiden yang baru dilantik Sir Saiful Hairin

Sentiasa ceria dan penuh idea.."Aku nak tanya pasal apa..bla3"..Terima kasih

Zamzam..juru kamera atau Sylar ?

Semua lega sambil mendengar amanat Presiden baru..
Majlis berakhir jam 4.45 petang (lebih kurang 1 jam suku je..)..Kemudian hadirin dijemput untuk menjamu selera di bawah...sorry lah Pak Wahab lambat..hidangan roti jala dan bihun goreng disulam air teh 'o' dan teh susu...

Terima kasih daun keladi kepada ahli yang hadir. Kepada exco baru Kagum sesi 2007/2008..Selamat bertugas dengan cemerlang

No comments:

Post a Comment